Pages

Wednesday, December 9, 2020

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN KODALY,DALCROZE, ORFF DAN SUZUKI

 

PENGENALAN

 

Kodaly, Dalcroze, Orff dan Suzuki merupakan keadah-keadah untuk mempelajari bagaimana untuk mengajar kanak-kanak dengan pedekatan muzik. Keadah Kodaly ia menyediakan satu keadah dengan suasana pembelajaran yang sangat memberangsangkan dan menyeronokan kepada kanak-kanak. Selain itu, keadah Kodaly juga memperkenalkan leterasi muzik kepada kanak-kanak dan seterusnya untuk kanak-kanak dapat menghayati muzik. Keadah ini berasal daripada hungary. Ia juga bermatlamat untuk menjadikan muzik sebagai alat yang dimiliki oleh orang ramai. Kehidupan seorang manusia juga menjadi sempurna dan mampu diperkembangkan dengan potensi seseorang dari segi emosi, intelek dan rohani. Bagi keadah yang kedua iaitu keadah Dalcroze, ia merupakan satu keadah dimana ia merupakan satu jenis latihan untuk dilatih kemahiran irama dan tone. Terdapat empat element yang ada didalam keadah dalcroze iaitu eurthythmic, element solfa, dan element improvisasi. Ia juga amat menekankan pergerakan didalam pembelajaran. Seterusnya beralih kepada keadah Orff. Ia dilaksanakan oleh Carl Orff dan ia menekankan muzik dan pergerakan dengan kanak-kanak. Ia juga mempunyai pendekatan yang sama dengan dalcroze tetapi banyak menekankan penggunaan alat perkusi didalam pembelajaran muzik. Keadah Orff juga berkonsepkan elemental muzik dan mempunyai tiga element iaitu element muzik, element pergerakan dan element speech. Seterusnya, keadah yang terakhir iaitu teknik Suzuki. Suzuki berasal daripada Dr. Shinichi Suzuki (1898-1998) dari jepun. Ia mengajar kanak-kanak dengan mengunakan teknik permainan violin. Selain itu, teknik ini tidak direka untuk pembelajaran disekolah. Persekitaran adalah peranan yang amat penting dalam pembelajaran seseorang terhadap muzik. Setiap keadah yang disampaikan terdapat persamaan dan perbezaan didalam setiap pembelajaraan.

PERBEZAAN DIANTARA KODALY, DALCROZE, ORFF DAN SUZUKI

Di dalam setiap keadah atau teknik Kodaly, Dalcroze, Orff dan Suzuki, terdapat perbezaan di setiap teknik dan keadah-keadah semasa pembelajaran. Didalam keadah ataupun teknik Kodaly, ia banyak menggunakan bahasa ibunda. Ia juga menggunakan lagu rakyat sewaktu pembelajaran atau semasa pembelajaran kanak-kanak. Selain itu, teknik Kodaly juga menggunakan keadah solfa dan ia berpusatkan kepada murid sewaktu pembelajaran. Di dalam teknik Kodaly juga ia mengajar tentang nyanyian kepada kanak-kanak. Sewaktu pembelajaran juga menggunakan literasi muzik terhadap kanak-kanak. Ia juga mengajar kanak-kanak cara menulis, membaca dan berfikir dan melakukan analisispersembahan yang telah diajarkan. Keadah Kodaly menegaskan bahawa suara sebagai alat muzik untuk kanak-kanak dan ia merupakan satu alat yang amat penting.

Melalui keadah dalcroze pula, ia merupakan satu pergerakan terhadap muzik yang dipersembahkan. Ia juga melatih kemahiran terhadap irama dan tone. Selain itu ia juga mengajar cara pendengaran dan mempelajari pitch dan tone. Ia juga berlaku secara spontan dan pergerakan ia melibatkan pergerakan ataupun erti kata lain pergerakan melalui pendengaran.ia juga memberikan kanak-kanak bergerak secara bebas sewaktu proses pembelajaran. Terdapat juga konsep dinamik dan tempo sewaktu proses pembelajaran yang diajarkan kepada kanak-kanak.  

Untuk pendekatan Orff terhadap cara pembelajaran terhadap kanak-kanak melalui pendekatan muzik dan pergerakan dengan kanak-kanak. Ia juga mempunyai tiga element yang menekankan konsep pembelajaran didalam kelas iaitu muzik, gerakan dan speech. Teknik Orff dikatakan mempunyai pendekatan dengan Suzuki dan nayanyian dan permainan alat muzik ditekankan dari peringkat awal lagi. Speech merupakan element yang utama dan merupakan aspek perkembangan yang mengikut urutan. Teknik solfa ialah konsep nyanyian yang sama dan diperkenalkan dengan konsep Kodaly. Selain itu, konsep Orff menggunakan pergerakan yang merupakan elemat yang terakhir didalam muzik dan ia menglengkapkan konsep tersebut. Teknik Orff ini diaplikasikan didalam bilik darjah. Konsep Orff juga merupakan satu elemental dan ia menggunakan lagu rakyat didalam proses pembelajaran. Ia juga menggunakan improvisasi dan kreativiti dan memberikan peluang untuk menerokai bunyi sebutan, melodi dan juga alat perkusi.

Untuk konsep yang terakhir iaitu ialah keadah Suzuki. Ia menggunakan teknik permainan violin dan ia tidak direka untuk mengajar muzik di sekolah dan merupakan satu keadah yang tidak menekan kanak-kanak di sekolah. Faktor persekitaran juga memaminkan peranan yang penting dialam pembelajaran kanak-kanak terhadap muzik. Ia juga memperkenalkan mother tongue. Ia juga berupaya mempelajari dielek di peringkat 5-6 tahun. Ia juga mengemukan konsep pengukuhkan. Teknik Suzuki juga memulakan pembelajaran muzik awal dan bermula 6 tahun lagi. Cara teknik dalam teknik Suzuki adalah mempelajari dan menghafal melodi tersebut. Selalin itu terdapat juga teknik ulangan yang mengulangi muzik agar kanak-kanak merasai muzik atau melodi. Terdapat juga teknik hafalan yang digunakan untuk memastikan kanak-kanak menghafal muzik atau melodi. Alat muzik selalunya adalah alat yang digunakan untuk proses pembelajaran dan ia digunakan untuk latihan pendengaran.bermain alat muzik jugak memberi ruang terhadap mata dalam proses menghafal sewaktu menggunakan alat muzik. Selain itu, one point teaching juga memberikan focus terhadap satu teknik sahaja disetiap kali pembelajaran dan dipecahkan kepada setiap unit. Kelas boleh diajarkan melalui individu mahupun berkumpulan.ia juga di ajar secara berperingkat-peringkat. Didalam keadah ini juga mengatakan bahawa tiada batasan waktu dan tiada erti gagal. Ia juga mengunakan bahas ibunda didalam proses pembelajaran. Ia juga menggunakan konsep talent dan education. Latihan secara berterusan juga merupakan satu keadah didalam pembelajaran Suzuki.

PERSAMAAN DIANATAR KONSEP KODALY, DALCROZE, ORFF DAN SUZUKI

Terdapat pelbagai persamaan yang terdapat didalam keadah keadah pembelajaran muzik terhadap kanak-kanak. Didalam pembelajaran Kodaly, Dalcroze dan Suzuki, bahasa ibunda merupakan persamaan sewaktu proses pembelajaran yang dijalankan. Terdapat juga persamaan di antara keadah Kodaly dan Orff dimana lagu rakyat sebagai lagu pembelajaran kanak-kanak didalam kelas. Teknik solfa juga merupakan persamaan didalam keadah Kodaly, Orff dan Suzuki. Selain itu, teknik improvisasi juga boleh dilihat sama sewaktu mengajar kanak-kanak didalam bilik darjah dan keadah dalcroze dan Orff adalah sama. Pergerakan yang diajar sewaktu proses pembelajaran yang dijalankan boleh dilihat sama sewaktu didalam kelas dan ia menunjukkan konsep Dalcroze dan Suzuki memiliki persamaan ini. Alatan muzik yang menggunakan tali hanya boleh dilihat didalam konsep Dalcroze dan Suzuki sahaja dan ia tidak sama seperti kolady dan Orff dan anggota badan merupakan konsep ataupun teknik yang boleh dilihat sama dengan konsep Kodaly dan Orff. Persamaan ini menunujukan bahawa setiap konsep ataupun keadah boleh digunakan didalam sesi pembelajaran dan mampu membuat kanak-kanak berasa selesa dengan proses yang telah diajar oleh setiap guru.

 

 

 

 

 

 

 

KESIMPULAN

Setiap proses pembelajaran perlu dibuat oleh setiap guru dan ia boleh mengunakan konsep atau teknik-teknik Kodaly, dalcroze, Orff dan Suzuki mengikut kemampuan dan pihak guru sendiri. Perbezaan dan persamaan yang ada di setiap teknik yang disampaikan mampu memberikan sesuatu impak yang besar terhadap kanak-kanak semasa didalam proses pembelajarannya. Kanak-kanak memerlukan satu aktiviti dan cara yang mampu memberikan kanak-kanak gembira sewaktu didalam kelas dan mampu memberikan tumpuan yang sepenuhnya sewaktu proses pembelajaran. Bagi pendapat saya, saya suka menggunakan teknik yang melibatkan keseluruhan seperti muzik yang melibatkan pergerakan dan penggunaan alat muzik didalam pembelajaran.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SUMBER RUJUKAN

Helen Ten Hong Beng.  (1993). Dimensi Baru Lagu-lagu Rakyat Untuk Awal Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd

Harris P. & Crozier R.  (2000).  The music teacher’s companion: A pratical guide. UK: The Associated Board of the Royal School of Music.

1 comment:

  1. Casinos in Washington D.C. - Mapyro
    Find casinos, 문경 출장마사지 check-in, and 김제 출장안마 check-out locations near Casinos in Washington D.C.. Visit Mapyro and other Casinos 시흥 출장마사지 in Washington 속초 출장마사지 D.C. 당진 출장샵 for complete casino information.

    ReplyDelete