Pages

Tuesday, June 1, 2021

Penting Ke PSV ni?

 Pendidikan Seni, apa itu?

Eh tak penting pun!

Bukan nya masuk exam!

Nak jadi apa kalau pandai Pendidikan Seni?


Itulah ayat yang biasa didengar bukan?


Jadi hari ini, Sir Faz nak berkongsi sedikit tentang kepentingan Pendidikan Seni Visual. Yelah, seperti kita maklum ramai pihak yang telah menganggap pendidikan seni tidak penting. Ada yang kata pendidikan seni ini, kalau saya pun tak menguasai, jadi anak saya pun tidak boleh menguasainya. 


Ish! jangan beranggap seperti itu!


Semua mata pelajaran penting sangat penting termasuk juga dengan Pendidikan Seni Visual. Kalau semua hendak tahu, PSV ini sangat penting untuk kanak-kanak kerana kanak-kanak secara semula jadi amat menyukai seni. Contohnya, melukis, menari, berlakon. Jadi ianya menjadi satu keistimewaan dalam diri kanak-kanak tersebut. 


Kalau otak kiri digunakan dalam proses pemikiran logik dan otak kanan pula adalah untuk mengasah intuisi emosi dan kreativiti. Jadi Sir Faz ini memang seorang yang sangat menggunakan otak kanan! Hahahaha 😆. Sebenarnya, Pendidikan Seni ini banyak memberikan manfaat kepada setiap individu. 


Eh bagaimana pula ya? 


Baiklah, Pendidikan Seni ini sebenarnya telah memberikan peluang kepada individu untuk memupuk minat mereka, memperkembangkan keperibadian mereka, memberikan kesedaran dan serta kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian alam sekitar serta berkaitan dengan mata pelajaran yang lain. Jadi murid sekolah rendah, mereka memang berada di fasa kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual ini turut memberikan perkembangan terhadap sifat mereka melalui persepsi visual, imiginasi dan daya pemikiran. Dengan cara ini mereka sedikit sebanyak dapat menjawab soalan-soalan berkaitan dengan kemahiran yang diluar bilik darjah. Bagi saya seorang guru yang mengajar PSV, dari pengalaman yang saya ada melalui kitaran hidup dan imaginasi yang dapat membantu murid lebih berkeyakinan diri, membuat penilaian sekaligus dapat mengenali citarasa mereka sendiri. 


Ingat! Warna warni corak kehidupan yang sentiasa akan menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan. Indahkan diri anda seperti warna yang indah dan cantik yang berada di sekeliling anda. Jumpa lagi untuk perkongsian yang seterusnya. 😍


Sir Fazrul 

Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual & Musik.


ALAMAK!!! 

Sir Faz Lupa nak beritahu yang Pendaftaran Raudhah Islamic School tahun 2022 telah dibuka, apa lagi jom daftar sekarang!!!!

No comments:

Post a Comment