PENGENALAN
Lakonan
merupakan satu teknik lakon yang biasa digunakan didalam pementasaan mahupun
drama. Sesetengah pelakon tidak memahami tentang teknik lakonan yang
diperkenalkan oleh dua orang tokoh yang sangat popular. Perbezaan lakonan di
television dan teater adalah ruang yang telah digunakan maka didalam teater
prinsip- prinsip lakonan Stanislavsky dan brecht amat penting dan perlu
dipelajari. Didalam prinsip lakonan Stanislavsky dan brecht menunjukkan teknik
bagaimana cara seseorang pelakon melakonkan seseuatu watak di atas pementasan
yang melibatkan penonton secara bersemuka. Keadah-keadah yang dipertengahkan
juga dapat membantu seseorang pelakon melakonan watak mengikut teknik yang
telah diberikan oleh dua-dua tokoh.
Prinsip
Lakonan Stanislavsky
Stanislavsky
dilahirkan pada 17 january 1983 dengan nama iaitu Konstantin sergeievich
alexeyev di Moscow dalam sebuah keluarga yang sangat kaya. Pertama kali
ditampilkan didalam seni persembahan pada usianya 7 tahun. Ia juga mengambil
nama panggung Stanislavsky pada awal kariernya ( disebabkan untuk menjaga nama
baik keluarganya). Beliau juga diberi gelaran sebagai bapa sistem lakonan.
Beliau percaya bahawa lakonan bukan sekadar memahami tetapi perlu dilakonkan
dalam keadaan sebenar serta memahami terus di dalam hati. Beliau telah
menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 7 ogos 1938. Terdapat bentuk yang
telah Stanislavsky keluarkan diantaranya seperti berikut:-
1.
Magik
IF
Saya
telah mendapat watak sebagai seorang penjaga didalam satu naskah “ pokok kelapa
sayang”. Berdasarkan watak penjaga yang saya peroleh dari naskah tersebut. Apa
yang saya dapat lihat yang dimaksudkan dengan konsep Magik IF adalah “Apakah
yang harus saya lakukan dan kalau aku..”. apa yang saya perlu lakukan adalah
menjadi seorang penjaga kepada seorang lelaki tua yang kesepian dan kesunyian.
Sifat fizikalnya mestilah berbeza dengan lelaki tua tersebut kerana muda dan
kurang memahami sifat dan sikap orang tua tersebut. Pergerakan aksi pelakon
harus menghayati perwatakkan seorang penjaga yangb harus mengetahui apakah
tujuan watak tersebut didalam naskah. Faktor kecergasaan atau logika yang boleh
dilihat adalah seorang yang cergas, pemikiran yang bagus kerana sentiasa ingin
tahu apa yang telah berlaku terhadap lelaki tua tersebut. Sekiranya watak ini
dimainkan diatas pentas, sifat ingin tahu akan ditonjolkan untuk membongkarkan
segala rahsia yang disimpan sekian lama oleh lelaki tua tersebut. Daripada
konsep penampilan yang dapat dilihat ialah berpakain biasa sahaja. Prinsip Stanislavsky
juga tidak percaya bahawa seseorang pelakon itu akan mempercayai watak tersebut
seikhlas-ikhlasnya terhadap kebenaran dan kejadian yang telah dipersembahkan
diatas pentas tetapi seseorang pelakon itu mesti mempercayai kemungkinan yang
akan berlaku. Secara ringkasnya, IF ialah saranan yang bukanlah melibatkan
sesuatu terhadap apa yang sedia wujud tetapi pelakon akan mencipta
masalah-masalah untuk dirinya dan berusaha menyelesaikannya secara semulajadi
kearah dalaman dan luaran lakonan. Penggunaan method IF ini akan merangsangkan
kekuatan terhadap imaginasi , pemikiran dan aksi yang pelakon akan lakukan di
atas pentas dan dapat mengatasi masalah dam mekanisma emosi secara mendalam.
2.
Imaginasi
Seterusnya
adalah imaginasi yang perlu dimainkan semasa mengambil watak Penjaga. Ini juga
boleh dikaitakn dengan subteks yang bermaksud apa yang tidak ada didalam
naskah. Imaginasi perlu dilaksanakan disebabkan saya yang memegang watak
penjaga tidak ditengahkan tentang apa yang telah berlaku di sebelum dan selepas
tentang kehidupan yang telah dilalui oleh penjaga. perwatakan yang dibawa tidak
sama dengan keadah yang pelakon sendiri membawanya bermaksud berlainan pelakon
berlainan perwatakkan yang telah ditonjolkan. Setiap watak perlu dimain kan
secara semulajadi kerana untuk menampakkan asli didalam sesuatu laoknan
tersebut. Imaginasi yang perlu dilakukan oleh saya perlu terperinci melalui
banyak sumber yang boleh menjadi satu alat bantuan untuk memain dan mencari
sesuatu watak yang telah diberikan. Setelah melakukan beberapa kajian,
imaginasi boleh melakukan kerana kita dapat menganalisi watak yang hendah
dibawa agar seimbang dengan apa yang terkandung didalam skrip. Cara imaginasi
ini dapat membantu saya mencipta dan menyelesaikan latar belakang watak dari awal
hingga ke akhir cerita di dalam otaknya. Ini bermakan melalui latihan
imaginasi, seseorang itu dapat mengetahui dan merasakan bagaimana watak itu
dibesarkan dan tingkah lakunya, apa yang diharapan, bagaimana dengan kehiduan
yang akan datang sehingga memberikan substance terhadap kehidupannya pada masa
kini. Ia juga akan memberikan perfektif dan perasaan kepada saya tentang
pergerakan didalam peranan watak tersebut.
Imaginasi boleh membantu seseorang pelakon semasa tengah mentafsirkan
baris-baris dialog dan mampu mengisi dengan makna-makna yang tersirat dan
memahami subteksnya. Apa yang hendak dipersoalkan. Apa yang hendak disampaikan
didalam dialog. Ringkasnya, saya mempraktiskan latihan daya imaginasi dengan
membaca dan membaca sehingga saya memahami apa yang hendak disampaikan dan apa
yang hendak dirasai untuk bawa ke atas pentas dan intonsi akan berubah dan
menjadi lebih menarik dan sedap didengar.
3.
Penumpuan
Pemerhatian
Langkah
yang seterusnya adalah Penumpuan dan Pemerhatian. Konsep ini boleh dilakukan
secara berperingkat. Yang pertama adalah pemerhatian. Ini boleh dilakukan
melalui hati iaitu watak yang saya ambil perlulah dihayati dengan sepenuh jiwa
kerana menginginkan watak tersebut wujud didalam jiwa kita. Pemerhatian
mestilah tetumpu kepada objek dan subjek agar mudah kita fahami. Contoh yang
boleh dikaitan adalah dengan watak penjaga yang saya dapat didalam naskah Pokok
Kelapa Sayang. Saya memerhati bagaimana seorang penjaga menjaga tuannya dan
disitulah saya menerapkan teknik dan latihan ini didalam kehidupan harian agar
lebih mudah untuk memahami sikap dan perwatakan penjaga tersebut. Pemerhatian
juga boleh dilakukan secara meluas dengan mengunakan elektronik yang makin maju
pada masa kini seperti television, majalah ataupun mainan video dan menumpukan
apakah yang terdapat didalam diri seseorang itu agarsaya dapat membawa dan
melakukan sendiri diatas pentas.
4.
Unit
Aksi, Objektif aksi Dan Pemikiran Langsung.
Prinsip
Stanislavsky juga mengutamakan unit aksi , objektif aksi dan pemikiran langsung
bagi menjayakanwatak tersebut. Perkara yang boleh pelakon tekankan semasa
membawa watak penjaga adalah kita perlu menghuraikan skrip yang berkaitan
didalam pementasaan. Seterusnya adalah mencari perasaan dalam dalam setiap unit
didalam naskah tersebut. Objekti yang boleh disampaikan dibahagikan kepada dua
iaitu objektif fizikal dan objektif mental. Objektif fizikal ialah dengan cara
kita membawa watak penjaga tersebut. Manakala, objektif mental ialah pembawaan
gaya pemikiran yang sama dengan watak penjaga yamg merupakan seorang penjaga
yang baru. Situasi sedia ada meliputi plot drama, zamannya, waktu dan tempat
berlakunya aksi, kehidupan, interpretasi watak dan pengarah, aturanya, props,
tatacahaya da kesan bunyi. Sehubungan dengan itu, seseorang pelakon haruslah
bersesuai dengan persekitaran dalam naskah sehinnga watanya sebati dengan
pelakon dan yakin menjadi dirinya sendiri.
5.
Konsentrasi
Tumpuan
Bagi
mendapatkan konsentrasi membawakan watak penjaga, semasa diatas pentas
merupakan satu kunci atau titik permulaan untuk mencapai suasan kreatif.
Berdasarkan peraturannya, saya haruslah memberikan tumpuan terhadap satu titik
penting untuk memastikan tiada gangguan diatas pentas. Konsep pementasaan juga
tidak melakukan real tetapi menggunakan konsep experimental. Saya juga kena
memberikan sedikit tumpuan terhadap penonton kerana agar penonton memahami apa
yang hendak disampaikan. Dalam konsep Stanislavsky juga, dia percaya yang
penonton merupakan salah satu yang boleh menyakinankan dengan lakonan jadi ia
bercanggah sekiranya penonton tidak penting didalam lakonan dan ia adalah salah
dari konsep seni teater. Oleh demikian, hal ini mustahil akan berlaku kerana
pelakon mampu memberikan tumpuan maksima terhadap aksi fizikal dan mampu
imaginasi persekitaranya. Stanislavski percaya bahawa pemikiran dan aksi
fizikal akan mengekalkan tumpuan pelakon yang lebih dan tertakluk dengan
pengendalian aksi fizikalnya.
Untuk
memudahkan daya konsentrasi terhadap pengeandalian aksi-aksi fizikal,
Stanislavsky telah memperkenalkan ruang-ruang tumpuan kepada pelakon dia atas
pentas. Tumpuan tersebuta adalah menumpukan ruang yang kecil yang melibatkan
kawan lakon atau objek yang berdekatan dengan pelakon. Tumpuan ruang sederhana
merupakan ruang yang melibatkan beberapa orang contohnya Didalam naskah
terdapat dua watak lain selain penjaga iaitu Pak cik Hashim dan Ain.
Stanislavsky menjelaskan bahawa apabila pelakon merasai daya tumpuanya terjejas
maka perlu kembalikan tumpuannya kepada objek tersebut. Apabila hasil
tumpuannya tercapai, pelakon itu perlulah memberikan tumpuan kepada ruang yang
kecil kepada ruang sederhana dan seterusnya ke ruang yang besar atau
sepenuhnya. Kejayaan pelakon dalam kerja penumpuan melalui peglihatan,
pendengaran dan imaginasi akan diaktif secara sendiri diluaran ataupun dalaman
dan mampu membuka mekanisma emosinya.
6.
Kebenaran
dan Kepercayaan
Watak
yang telah saya bawa adalah berbeza dengan kebenaran yang ada dalam sesebuah
kehidupan. Maka, sewaktu di atas pentas tiada sebarang kebenaran fakta atau
peristiwa-peristiwa penjaga yang betul kerana hanya mengikut kehendak skrip
sahaja. Sehubungan dengan itu, untuk mengekalkan daya kepercayaan sewaktu
diatas pentas, pelakon perlu mengamalakan daya pukau atau memaksa diri masuk ke
ruang halusinasi. Kepercayaan pelakon itu mengendalikan sesuatu dapat dirasai
oleh penonton dan memberikan kepercayaan kepada penonton dan teknik itu sudah
berkesan terhadap penonton.
7.
Hubungan
Emosi dan Spiritual
Watak
sebagai penjaga perlulah menghubungkaitkan apa yang diperkatakan oleh
watak-watak yang lain agar lebih memahami apa yang diperkatakan oleh
watak-watak tersebut. Ia bagi mencapai kesan fizikal yang definite contohnya
senyuman. Untuk mencapai perhubungan yang mantap dengan rakan lakon. Mereka
juga perlu memastikan rakan lakon mendengar dan memahami apa yang telah
diperkatakan oleh mereka diatas pentas. Ini bermakna saya dan rakan lakon juga
memahami dan mendengar diantara satu sama lain dan saling memahami tentang apa yang sedang
disampaikan. Akhirnya pekara ini juga menunjukkan proses saling berkaitan
dikalangan pelakon sewaktu diatas pentas atau dipanggil chemistry.
8.
Tempo
dan Ritma
Berdasarkan
dengan watak saya sebagai penjaga menurut pandangan Stanislavsky didalam
prinsipnya. tempo dan ritma merupakan syarat penting untuk menghasilkan
kebenran dalam melaksankan aksi-aksi fizikal. Beliau juga berpendapat bahawa di
dalam kehidupan setiap hari yang mempunyai tempo dan ritam yang tersendiri.
Stanislavsky percaya setiap perkataan , fakta atau peristiwa yang berlaku
didalam tempo dan ritma mestilah bersesuaian. Setiap aksi- aksi di atas pentas
juga haruslah ditangani dengan tempo dan ritma didalam kehidupan realiti.
Rinkasnya, Stanislavsky menjelaskan didalam etiap individu atau pelakon ada
ritma yang tersendiri dan mempuntai
kebenaran yang tersendiri. Beliau juga menyarankan bahawa setiap pelakon perlu
mencari dan merasakan kebenaran yang diberikan melalui kepercayaannya terhadap
watak tersebut. Ini penting kerana setiap watak yang dibawa mampu memberikan
kebenaran atau kepercayaan agar dipercayai oleh penonton. Belaiu juga
menerangkan terdapat ritma yang betul bagi setiap orang atau pelakon. Selaku
seorang pelakon, pelakon seharusnya pandai mencari sendiri. Oleh itu, tempo dan
ritma yang salah akan menyebabkan imbangan terhadap apa yang hendak disampaikan
menjadi kesalahan terhadap pelakon lain untuk menyampaikan sesuatu mesej dan
akan memyebabkan juga penonton kurang yakin dengan apa yang hendak disampaikan.
9.
Memori
Recall
Pengalaman
seseorang pelakon diatas pentas berbeza dengan pengalaman didalam kehidupan
harian mereka yang realiti. Perbezaan berdasarkan hakikat bahawa pelakon berada
diatas pentas untuk bertindak sebagai pelakon yang memegang watak dan mencipta
perwatakan. Pengalaman yang pernah dialami juga mampu digunakan diatas pentas bagi
mengkukuhkan watak tersebut. Sehubungan dengan itu, beliau percaya bahawa
kualiti persembahan perlakon tertakluk kepada pengalaman. Oleh sebab itu,
beliau akan memperbanyakkan pelakon bagi setiap persembahan sekiranya perlakon
menghayati pengalaman sebenarnya contoh perang yang melibatkan kematian. Beliau
juga mempercayai emosi pentas tidak sama denga emosi didalam kehidupan kerana
kemunculannya bukanlah berpuncakan kebenaran yang sebenar. Pelakon mampu
mengrangsangkan emosi yang diperlukan didalam dirinya kerana beliau kerap
mengalami gragaman dan emosi –emosi yang hamper sama didalam kehidupannya.
Beliau juga percaya memori emosi yang berkembang mampu menjadi keperluan paling
penting untuk tugas seorang pelakon. Untuk menghidupakan emosi-emosi ini, seorang
pelakon harus menangani dengan aksi-aksi fizikal yang mampu membawa kepada
logical yang wujud didalam lakonan atau pementasan.
Prinsip
Lakonan Brecht
Bertolt
Brecht telah dilahirkan pada tahun 1898 di jerman dan dibesarkan sebagai Eugen
Berthol Freidrich. Beliau juga merupakan seorang penulis drama, pemuisi dan
pengarah teater yang sangat berpengaruh pada abad ke-20. Sewaktu kekalahan
jerman dalam perang dunia pertama, beliau menggunakan puisi, lagu dan akhir
teater memaparkan idea-idea beliau supaya mengubah keadaan Negara tersebut pada
abad itu. Beliau juga terpaksa keluar daripada negaranya pada zaman
pemerintahan hilter dan beliau juga hidup berpindah randah dibeberapa buah
Negara eropah dan akhirnya menetap di amerika pada tahun 1940-an. Selepas sahaja
perang dunia kedua, beliau kembali ke jerman. Kerajaan timur jerman juga
menubuhkan Berliner Ensemble Theatre untuknya bagi membolehkan brecht
mengembangkan teori-teori dalam penghasilan teater daripada pementasaan yang
telah beliau lakukan sebelum ini dan karya-karya yang ditulis semasa beliau
menjadi pelarian. Sepanjang hidupnya, beliau banyak menulis dan mengarahkan
pementasaan teater dan diantara karya-karya beliau adalah The Caucasian Chalk
Circle, The Threepenny Opera, Life of Galileo, Mother Courage and Her Children
dan banyak lagi. Manakala sumbangan beliau yang paling terbesar adalah melalui
teori beliau didalam teater Epik.
Teater Epik
Teater
Epik yang telah diperkenalkan oleh Brecht adalah bersifat Episodik dengan
setiap babak yang memaparkan cerita yang berlainan tetapi digabungkan agar
menjadi sebuah cerita. Menurut Brown:1995, ia juga merupakan Dialectic Teater
kerana didalam pementasaan yang beliau lakukan banyak memaparkan pertelingkahan
diantara dua belah pihak yang saling mempengaruhi diantara satu sama yang lain.
Tujuan sesebuah pementasaan yang telah dijalankan adalah untuk mempersembahkan
idea-idea dan ingin membiarkan penonton membuat penilaian terhadap idea-idea
yang telah dipaparkan atau ditunjukkan. Sesebuah pementasaan yang dilakukan
didalam prinsip brecht tidak boleh menyebabkan penonton hanyut dengan emosi
yang digambarkan didalam sesebuah pementasaan tetapi beliau menjelaskan bahawa
penonton perlu sedar bahawa mereka sedang menonton sebuat persembahan dan tidak
perlu beremosi sewaktu menonton tetapi perlu berfikir secara kritikal tentang
mesej yang sedang disampaikan didalam pementasaan tersebut dan melaksanakan
atau membuat perubahan selepas sahaja keluar menonton persembahan tersebut.
Beliau juga mengingatkan bahawa penonton perlu beranggapan yang pelakon adalah
wakil daripada realiti dan bukan realiti. Brecht juga telah mengeluarkan satu
konsep yang dipanggil pengasingan terhadap penonton iaitu konsep ‘
Verfredungseffekt’. Konsep ini menunjukkan bahawa brecht cuba mengasingkan
penonton daripada watak-watak dan lakonan yang terdapat didalam sebuah
pementasaan. Dengan cara ini beliu yakin bahawa penonton tidak akan tersentuh
dengan apa yang telah dipaparkan didalam pementasaan tetapi sebaliknnya beliau
ingin penonton untuk memahami secara intelektual yang telah dihadapi oleh
sesuatu watak serta kesilapan yang telah dilakukan yang membawa sesuatu yang
akan berlaku diwaktu itu. Apabila penonton diasingkan agar tidak beremosi
daripada pementasaan yang telah diberikan, penonton sendiri boleh berfikir
sendiri apa yang telah berlaku pada waktu dan cuba mengubahnya didalam
kehidupan harian mereka.
Teknik
– teknik yang ada didalam teater Epik adalah teknik pensejarahan (histrorical).
Brecht telah mengalienasikan penonton dengan meletakkan babak-babak
pementasaannya didalam latar masa lampau. Contohnya, imbas kembali seperti
didalam naskah Pokok Kepala Sayang terdapat beberapa babak yang mengimabas
kembali kejadian masa lampau yang ingin diingati oleh para pelakon. Dengan cara
ini, penonton akan lebih dialienasi dengan memandang kejadian masa lampau
tersebut. Teknik seterusnya adalah teknik Allegorical ataupun symbol yang
dipamerkan. Allegorical adalah mengunakan symbol-simbol didalam isi kandungan
atau dilema sesebuah pementasaan atau karya. Teknik ini digunakan dalam
pementasan Rise of the City of Mahagonn. Dengan mengunakan teknik ini penonton
akan dialienasi oleh simbol-simbol yang akan menyebabkan mereka berfikir akan
makna yang terdapat didalam simbol-simbol tersebut. Yang terakhir adalah teknik
Pseudo-foreign. Teknik ini adalah adaptasi daripada teater-teater luat yang
berbeza budayanya daripada budaya dengan penonton. Contoh yang telah
ditonjolkan adalah pementasan The Good Person of Sezuan. Terdapat juga teknik
lain yang telah ditonjolkan oleh brecht seperti penggunaan kapsyen yang telah
dipancarkan di pentas bagi menjelaskan apa yang akan berlaku didalam babak yang
seterusnya, teknik gangguan oleh narrator juga yang menjelaskan apa yang
berlaku dan akan memprovokasi penonton, teknik dimana pelakon menanyakan terus
menanyakan penonton secara langsung, penonton juga dibiarkan menyelesaikan
sendiri pengakhiran teater dan penonton juga dibiarkan berfikir tentang apa
yang telah terjadi, teknik muzik yang berbeza dari emosi didalam sesebuah
babak, lakonan didalam teater epic juga memerlukan para pelakon melakonkan
watak tanpa memberikan kesan atau tindak balas emosi terhadap diri sendiri
mahupun diri penonton terhadap watak tersebut, dan teknik pelakon-pelakon juga
sering berinteraksi dengan penonton secara dekat dan terus. Tujuan utama
lakonan sebegini adalah untuk menruntuhkan dinding keemapat sesebuat
pementasaan. Ini juga adalah untuk membolehkan penonton melihat dan menyedari
bahawa mereka sedang menonton sebuah pementasaan buakan pementasaan yang
realiti tetapi menganggap pentas itu adalah pentas dan pelakon adalah pelakon
dan berakhir sewaktu itu sahaja.
Perbezaan
Teater Dramatik dan Teater Epik
Terdapat
perbezaan diantara teater Dramatik dan teater Epik. Teater Dramatik merupakan
teater yang membentuk pemikiran manusia iaitu penonton adalah terlibat atau
berhubungkait dengan pementasaan di atas pentas. Teater Dramatik juga
menggambarkan pengalaman untuk membentuk atau penghasilan jalan cerita. Ia juga
memperlakukan manusia sebagai seseuau yang tidak dapat berubah ataupun
fixed-entity. Ia juga menunjukkan kemajuan yang tidak dapat dielakkan dan
kesinambungan adegan dengan adegan yang lain. Ia juga menunjukkan teknik dan
gaya lakonan yang berunsurkan elemen-elemen emosi seperti marah, sedih dan
sebagainya. Teater dramatik juga mempunyai pengakhiran atau penamat didalam
persembahan atau pementasan.
Didalam
teater Epik pula ia juga membentuk pemikiran manusia tetapi penonton sebagai
peninjau, pemerhati atau penbangun sesuatu pementasan. Ia juga mengambil
situasi yang telah berlaku didalam persekitaran sebagai jalan cerita dan
penonton sebagai objek penelitian yang dapat diubah dan digantikan. Adegan yang
dimainkan hanya untuk dirinya sahaja dan ia juga tidak menekankan aspek-aspek
dalaman emosi tetapi ia mementingkan logik dan pemikiran penonton terhadap
pementasaan tersebut. Teater Epik juga menunjukkan tiada pengakhiran, isu atau
mesej kerana ia perlu difikirkan sendiri oleh penonton. Perbezaan antara Teater
Dramatik dan Teater Epik adalah merujuk kepada perbezaan keadaahnya dalam
pembinaan yang merujuk kepada hubungan yang dibentuk daripada persembahan
mahupun bahagian atau keseluruhan sesuatu pementasan.
Teknik
Gaya Lakon Brecht
Didalam Teater Dramatik terdapat teknik yang telah
digunakan agar menjadi satu pembelajaran oleh setiap pelakon. Elemen-elemen
emosi seperti marah, sedih, gembira, kecewa dan sebagainya melalui watak yang
telah ditonjolkan oleh pelakon diberikan kepada penonton agar mereka merasai
emosi-emosi yang telah berlaku semasa pementasaan. Penonton juga dapat melihat
pengakhiran cerita didalam sesuatu persembahan sebagai tanda penamat
penceritaan teater tersebut. Berlainan dengan Teater Epik iaitu Persembahan dan
pelakon tidak menekankan aspek-aspek Emosi didalam pelakon tetapi mementingkan
logic dan pemikiran penonton itu sendiri tentang pementasaan atau persembahan
teater tersebut dan tiada pengakhiran sebagai penamat didalam persembahan
tetapi teater ini menekankan tentang isi atau mesej yang hendak disampaikan
dengan membiarkan penonton sendiri berfikir apa yang bakal berlaku mengikut
perkembangan zaman.
KESIMPULAN
Kedua – dua prinsip iaitu prinsip lakonan Stanislavsky
dan brecht boleh diguna pakai didalam lakon kerana ia mengikut konsep atau
naskah yang hendak disampaikan. Setiap pementasaan terdapat pelbagai gaya dan
corak lakonan. Jadi teknik lakonan boleh dipilih sendiri oleh para pelakon
tetapi didalam pementasaan sekarang kebanyakkan teknik lakonan yang telah
ditonjolkan kepada teknik Stanislavsky daripada teknik brecht kerana ingin
mempunyai penamat sesuatu cerita. Kedua-dua prinsip merupakan salah satu
prinsu=ip yang perlu tahu oleh setiap pelakon agar memahami cara dan teknik
yang hendak digunakan didalam pementasaan dan sentiasa mempraktikkan didalam
lakonan.
No comments:
Post a Comment