Nak terangkan sedikit pasal kajian tentang perbezaan Saman Ekor dan AES??
1.0 PENGENALAN
Kerajaan
Malaysia telah melaksanakan satu sistem baru bagi menangani masalah kemalangan
yang makin meningkat di Negara kita. Maka, automated enforcement system (AES)
telah diperkenalkan mengantikan system yang mndapat tentangan oleh masyarakat
iaitu sistem saman ekor. Topik ini membincangkan tentang saman Ekor dan
serterusnya membincangkan tentang AES secara keseluruhannya. Masyarakat kini
hanya memandang remeh dengan cara pemanduan kita di jalan raya. Masyarakat kita
memandu secara bahaya tanpa memikirkan keselamatan mereka dan keselamatan
pemandu lain. Ini menyebabkan kerajaan dengan kerjasama MIROS dibantu Jabatan
Pengankutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia membuat satu sistem yang diperbaiki
iaitu Automated Enforcement System (AES). Sistem ini memang berbeza sedikit
dengan saman ekor yang menjadi tentang masyarakat Malaysia pada awal tahun
2011. Di dalam karangan ini akan membincangkan tentan saman ekor dan AES
tentang definisi dan matlamat serta kelebihan dan kekurangannya. Selain itu,
AES ini tidak mengunakan tenaga kerja tetapi menggunakan kamera dan video
secara menyeluruh.
Secara
keseluruhannya, adakah sistem ini dapat bertahan lama dan hanya sementara
sepertimana sistem Saman Ekor yang mendapat tentangan daripada masyarakat yang
hanya memikirkan setiap tindakan yang telah buat hanya menyusahkan dan
membebankan rakyat.
1.1
SAMAN EKOR
Saman
Ekor? Apakah yang dimaksudkan oleh Saman Ekor? Saman Ekor bermaksud saman yang
mengunakan sistem elektronik iaitu sistem “jerangkap laju” yang telah
dipasangkan pada lebuhraya mahupun jalaraya. Sistem ini beroperasi bagi
mengesan kenderaan yang membawa melebihi had laju yang telah ditetapkan. Saman
ini dikhabarkan untuk mendidik para penguna jalanraya lebih berwaspada dan
memandu secar berhati-hati di jalan raya.
Sistem
ini sama dengan England dan Perancis yang menggunakan sistem jerangkap laju
bagi memastikan tiadanya kesesakan lalu lintas dan kemalangan. Di Malaysia,
sistem ini kuat diperkatakan kerana terdapat pelbagai masalah serta ditentang
oleh rakyat. Dikhabarkan sistem ini bertujuan untuk mendidik rakyat bagi
mematuhi peraturan jalan raya seperti perpatah orang tua kata “melentuh buluh
biarlah daripada rebungnya” tetapi perkara ini disalah ertikan oleh pihak
tertentu.
Bukan
saman ekor ini yang tidak telus tetapi anggota polis yang sesuka hati menyaman
pemandu tanpa mendengar sebarang pengakuan ataupun kenapa menlanggar peraturan
tersebut. Ini menyebabkan mereka tidak dapat membela diri sendiri. Mereka hanya
dipersalahkan dan disaman sesuka hati.
Contohnya, sekiranya anda mengalami masalah dalam keadaan yang terdesak apabila
keluarga didapati kemalangan, perlukan anda mengikut had laju? Jawapannya
tidak. Ini juga menyebabkan anda disaman
kerana sisitem jerangkap laju ini diaktifkan untuk menembak kod pendaftaran
kenderaan yang melebihi had laju yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengankutan
Jalanraya (JPJ).
Bayaran
yang dikenakan sebanyak RM300 bagi setiap kesalahan laulintas amat menyakitkan
hati rakyat kerana apabila mereka tidak membayar saman tersebut dalam tempoh 3
bulan yang elah ditetapkan menyebabkan individu tersebut tidak dapat
memperbahuri cukai jalan dan menyebabkan
mereka susah untuk bergerak kemana-mana akibat masalah tersebut. Bayangkanlah
satu-satunya kenderaan yang mereka miliki disenaraihitamkan menyebabkan mereka
mengalami kesukaran untuk melakukan tugas seharian mereka. Sekiranya mereka
melakukan 5 kali kesalahan yang sama menyebabkan mereka terpaksa membayar saman
sebanyak RM1500 bagi mempengaruhi cukai jalan tersebut. Bukankan ini
membebankan rakyat kita sendiri. Mengikut cara Negara jepun, mereka meletakkan
alat pengesan kelajuan iaitu siren didalam setiap kenderaan bagi memastikan
pemandu tidak memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan. Kenapa Malaysia
hanya meletakkan siren seperti itu hanya pada kenderan berat sahaja seperti
lori dan bas? Bukankan sepatutnya sistem perlu diletakkan pada kenderaan yang
kecil juga seperti kereta.
Selain
itu, di Negara German, mereka tidak mengunakan sebarang sistem seperti jepun,
Englnd dan perancis tetapi meraka menggunakan sistem meletakkan kereta peronda
di setiap simpang bagi memastikan tiada kenderaan yang membawa kereta melebihi
had laju. sekiranya sedemikian, peronda tersenut akan mengejar dan terus
menyaman persalah tersebut. Bukankah ini sistem yang terbaik perlu kita contohi
untuk memastikan kesesakan tidak berlaku. Bukankah polis trafik perlu banyakkan
rondaan dan tidak hanya duduk goyang kaki sewaktu berkerja. Polis Malaysia
boleh diumpamakan dengan peribahasa “ curi tulang” kerana polis trafik hanya
menronda ketika hari perayaan, cuti sekolah. Itu lah waktu yang kita akan
nampak mereka melakukan kerja. Adakah saman ini amat memberikan maanfaat kepada
masyarakat dan rakyat. Saman ekor! Saman Ekor! Sisitem yang mudah rosak, salah
tembak kenderaan. Adakah ini yang dikatakan membantu rakyat? Seperti kata Ahli
Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM)
dan JPJ perlu memansuhkan saman ekor ini kerana bagi pemilik yang tidak dapat
memperbaharuhi cukai jalan akan menimbulkan masalah sosial yang baru.
“
kalau JPJ tidak bagi, mereka ini akan mula membuat cukai jalan palsu dan
memandangkan ada bergitu banyak yang dihalang daripada memperbaharui cukai
jalan, sudah tentu mereka akan mencari alternatif lain. Secara tidak langsung
ini akan menyebabkan aktiviti membuat cukai jalan palsu berkembang dan
menular,” katanya di sidang parlimen pada 14 mei 2011. Bukankan ini akan
menambahkan lagi beban rakyat? Sepatutnya PDRM dan JPJ perlu tingkatkan lagi kekuatan
mereka dan mendisiplinkan lagi anggota mereka memahami perasaan rakyat Malaysia
semuanya bukan dari golongan yang kaya. Mengapahkan merka perlu menambah banyak
anggota di akademi Polis sedangkan merka hanya tidak melakukan sebarang
penambahbaikkan dan mendapatkan kualiti yang bagus.
2.1 AUTOMATED ENFORCEMENT SYSTEM (
AES)
Automated
Enforcement System (AES)? Apakah definisi AES? AES ialah satu sistem yang
mengunakan sistem elektronik iaitu sistem berkamera yang dirakam melalui kamera
ataupun video. Sistem ini juga berlainan sedikit dengan sistem saman ekor
kerana ia mengunakan alat pegesan yang telah dipasang di atas jalan raya. Ia
dilaksanakan agar dapat mendidik para penguna jalan raya lebih berhemat ketika
menggunakan jalan raya mengikut kadar penambahan kenderaan dan pemandu di
negara. Sistem ini juga dipenguatkuasakan secara automatik mengikut
kesinambugan daripada pelan keselamatan jalan raya 2006-2010. Usaha ini
diteruskan dengan aktivis keselamatan jalanraya seperti Jabatan Pengankutan
Jalanraya (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain yang memberikan
tumpuan kepada 4E ( Engineering, Enforcement, Education dan Enviroment). Sistem
ini memberikan pendekatan kepada system
based approach yang mampu mengubah sikap pemanduan rakyat Malaysia.
Sistem
ini diwujudkan kerana ingin memberikan pengajaran terhadap permandu-permandu di
jalan raya agar lebih berhati-hati dan sentiasa menghormati pengguna jalanraya
yang lain. Kenapa perlunya AES dalam sistem keselamatan Malaysia. Perlunya
sistem ini kerana ia mampu mengubah sikap pemandu, tingkah laku dan budaya
pemanduan melalaui penguatkuasa dalam 24 jam, sistem ini tidak bermusim dan
tidak ada campur tangan manusia. Ia juga meningkatkan tahap perception of being
caught (POBC) di kalangan pengguna jalanraya. Pada hari biasa 25% meningkat ke
50% di musim perayaan semasa OPS SIKAP berbanding Negara maju hanya 80%
sehingga 90%. Ini juga membantu terhadap penyelesaian kepada kos rawatan dan
pemulihan kawasan yang sering berlaku kemalangan dengan jumlah lebih 800
blackspot di seluruh Negara yang amat tinggi dan memakan masa yang lama. AES
juga adalah pemboleh atau dalam bahasa inggeris enabler yang merangkumi
(embody) semua usaha ke arah mencapai sasaran pelan keselamatan jalanraya
2006-2010dalam mengurangkan kematian akibat kemalangan.
2.1.1 BAGAIMANAKAH AES BERFUNGSI
UNTUK PENAMBAHBAIKKAN.
Dalam
penambahbaikkan sistem AES, PDRM dan JPJ telah meletakkan sisitem ini di tempat
yang selalu berlakunya kemalangan. AES ini mampu mengesan dan merakam secara
automatik sebaik mana-mana kesalahan lalulintas yang telah dilakukan pemandu
sendiri. AES hanya meliputi kesalahan yang tidak terlalu berat kerana ia adalah
satu sistem untuk mengajar pemandu agar lebih berdisiplin semasa berada di
jalanraya. Kesalahan yang diliputi oleh sistem AES hanya kesalahan pemandu yang
tidak mematuhi lampu isyarat dan memandu melebihi had laju yang telah di
tetapkan. Selalunya, pengguna jalanraya selalu akan lupa diri apabila berada di
jalanraya terutama lelaki. Setiap
kesalahan yang telah dilakukan oleh pemandu akan dihantar secara real time
onlineke pusat kawalan AES atau control centre. Maklumat yang telah dihantar
akan diproses bagi mengenalpasti pemandu ataupun pemilik kenderaan berdasarkan
kepada maklumat pemilik atau pemandu yang terdapat dalam pangkalan data JPJ.
Sisitem ini sama sahaja dengan sistem saman ekor yang mendapat tentangan dengan
skrip. Saman yang dikeluakan secara automatik dan dihantar melalui pos kepada
kepada Orang Kena Saman (OKS). Sistem ini juga dengan secara automatik
menghantar maklumt kes ke mahkamah untuk tujuan perbicaraan jika OKS memilih untuk gagal membayar kompaun atau
dibicarakan. Maka, dengan ini peilik atau pemandu kenderaan yang telah
melakukan kesilapan akan terus ditangkap secara automatik dan terus dihantar ke
sistem untuk disaman.
2.1.2 KELEBIHAN PENGUASAAN
KESALAHAN LALULINTAS MELALUI AES BERBANDING DENGAN KEADAH YANG SEDIA ADA
Dalam
sistem AES ini terdapat pelbagai kelebihan yang boleh kita terangkan. Automated
Enforcement system juga mampu meningkatkan keberkesanan tindakan penguatkuasa
melalui pengesanan aaupun detection dan ia juga mengeluarkan saman secara tulus
, tepat dan sentiasa berterusan. Sistem ini juga tidak perlu anggota
penguatkuasa merakam kesalahan secara manual di tepi jalan setiap masa. Sistem penguasaan yang selamat, kerahsiaan,
intergriti dan kesediaan 24jam. Ia juga mampu beroperasi 24 x 7 x 360 siang dan
malam termasuk dalam semua keadaan cuaca. Sistem ini juga tidak ada campur
tangan manusia dan keseluruhannya adalah kamera dan video. Ini menyebabkan
tiada interaktif dengan persalah yang ada unsur-unsur rasuah di tepi jalan.
Salah satu kelebihan yang sangat instimewa dalam sistem ini ialah ia mampu
mengesan kesalahan yag dilakukan oleh kenderaan persendirian, komersial dan pengankutan
awam. AES ini juga kuat dengan tentusah ukur ataupun (calibration) bagi setiap
peralatan pengesanan dan perakam imej kesalahan dibut mengikut akta pengukuran
kebangsaan 2007 agar kesalahan menjadi kes prima facie. Terdapat juga
penghantaran gambar atau data sukar diceroboh ( encryption) kerana dihantar
secara automatik setelah kesalahan dikesan semasa pemandu sedang leka memandu
melebihi had laju atau semasa memotong ataupun melakukan kesalahan lalu lintas
lain. AES juga secara langsung menjadi pencetus bagi tujuan mengajar dan
membentuk pemandu agar lebih mematuhi peraturan lalu lintas. Sistem ini juga tidak menyebabkan kesesakan
lalu lintas. Stuktur sistem direkabentuk
agar tindakan undang-undang tidak boleh disangkai atau diperintahkan di mahkamah
oleh persalah. Pada masa akan dating AES akan menguatkuasakan tugas-tugasaan
dan mnghindarkan masalah pada masa sekarang iaitu memotong digarisan berkembar.
Memotong di sebelah kiri semasa ingin memotong, kesalahan ini sering berlaku
termasuklah wan, sekatan ke atas kenderaan yang memasuki kawansan Bandar. Pihak
PDRM dan PINK juga membuat penguatkuasa laluan bas.kelebihan-kelebihan ini
sangat membantu terhadap proses AES ini tetapi kekurangan di sama dengan sistem
sama ekor. Pengunaanya banyak terhadap sistem elektronik yang bakal mendapat
pelbagai kesusahan.
2.1.3 KESAN AES DALAM MENGURANGKAN
KEMALANGAN JALAN RAYA DAN JANGKA MASA PANJANG AES
Kemalangan
jalan raya sentiasa menjadi satu fanomena kepada Negara apabila peningkatannya
amat mendadak dari tahun ke tahun. Tidak kira antara pemanduan sendiri mahu
pemanduan melalui kenderaan awam. Sistem elektronik telah dilaksanakan di 90
negara lain di seluruh dunia. Di asia tenggara, Thailand dan Vietnam telah
melaksanakan system digital traffic enforcement system. Di Malaysia juga sistem
ini baru diperkenalkan bagi mengurangkan kadar kemalangan yang sering berlaku
dijalanraya. Sikap pemandu juga dapat kita melihat sendiri apabila mereka
mendapati bahawa jalan tersebut ada kamera AES dan mereka terus memperlahankan
kenderaan agar tidak di saman secara automatik. Contoh keberkesanan AES di
Negara-negara lain seperti perancis. Di perancis kadar kematian turun 27% dalam
tempoh 3 tahun sejak pengunanan sistem berelektronik ini. Sementara itu, di
jerman lokasi dipasangkan ditempat-tempat yang sentiasa berlakunya kemalangan.
Tahap penurunan kelajuan menjadi satu budaya yang telah menyebabkan pemandu
lebih berhati-hati semasa melalui kawasan tersebut. Setakat ini di Kuwait
sahaja yang menunjukkan penurunan kadar kemalangan yang agak tinggi iaitu 48%
daripada Negara-negara luar yang lain.
Bagaimanapun,
sekiranya AES ini memberikan keberkesanan, adakah sistem ini tidak akan
diperlukan pada masa hadapan? Sekiranya AES ini bergitu efektif, kadar saman
akan menurun tetapi Terdapat beberapa aspek yang perlu diambil kira. 9% penguna
jalanraya adalah tegar melakukan kesalahan atau dalam bahasa inggerisnya
habitual Offender. Setiap ada kesalahan yang dikeluarkan oleh sistem ini yang
melibatkan kesalahan lalulintas dan kemalangan tidak kira dilebuhraya ataupun
di jalanraya biasa. Volume kenderaan juga bertambah pada kadar 10% setiap
tahun. Dalam jangka masa panjang, kadar lessen juga telah dikeluarkan semakin
bertambah dan ini memberitahu bahawa pengguna jalanraya meningkat sama sekali.
Selain itu, jalanraya yang ada semakin bertambah dan kilometernya juga semakin bertambah. Ada
juga lokasi blackspt yang sentiasa berubah jika ada kerja-kerja pembaikkan di
buat di kawasan yang ada kamera dan video AES ini. Terdapat berberapa isu- isu
yang berbangkit, isu yang paling penting adalah bukan jumlah saman dikeluarkan
tapi perlu penyelesaian terhadap saman yang tidak diselesaikan. Contohnya
pembayaran saman. Kementerian terlibat yang melaksanakan dan bertanggungjawab
terhadap AES iaitu Kementerian Pengangkutan Malaysia. Kementerian Pengangkutan
Malaysia merupakan tuan punya kepada AES di Malaysia. Agensi – agensi yang
melaksanakan AES dibawah kementerian Pengangkutan secara langsung dalam
perlaksanan AES ialah Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ) bertanggungjawab
melaksanakan AES secara langsung dan merupakan end user kepada sistem AES.
MIROS bertanggungjawab dalam penentuan lokasi pemasangan kamera daripada
blackspot (kawasan yang sering berlakunya kemalangan) dan menguruskan kajian
keberkesanan AES.
3.1 BILANGAN KAMERA AES YANG
DIPASANG DI MALAYSIA DAN ASAS PENENTUAN LOKASI PEMASANGAN KAMERA.
Kamera
aes ini banyak memberikan manfaat kepada masyarakat berbanding saman ekor. Bilangan
jumlah kamera yang telah dipasang 831 buah kamera. Jumlah kamera speeding 566
buah dan jumlah kamera traffic light 265 buah. Sistem ini juga mengikut
perkembangan pada masa kini iaitu mengunakan teknologi telefon. Mobile kamera
(30%) ebanyak 250 buah. Operasi kamera- kamera mullah alih adalah bagi
kawasan-kawasan kemalangan yang tiada insfratruktur yang ada bekalan elektrik,
liputn komunikasi dan sebagainyauntuk memasang kamera statistik. Selain itu,
terdapat asas penentuan lokasi pemasangan kamera bagi sistem AES yang
dilaksanakan oleh MIROS dengan bantuan JPJ, PDRM dan JKJR. Maklumat asas yang
digunakan adalah berdasarkan darilamporan kemalangan PDRM ( Pol.27.) data
daripada maklumat laporan ini dianalis oleh pihak MIROS bagi mengenalpasti
koordinat kawasan lokasi-lokasi kemalangan. Seterusnya lokasi- lokasi tersebut
diberikan markah (ranking) mengikut kes-kes kemalangan. Kes kemalangan
diberikan markah mengikut susunan tinggi dan rendah. Contohnya, kes kemalangan
, cedera parah , cedera ringan dan kemalangan ringan. Lokasi yang mengumpul
markah tertinggi diberikan keutamanan untuk pemasangan kemera AES.
Lokasi-lokasi ini juga dibuatkan sah.
4.1 PANDANGAN MASYARAKAT TERHADAP
SISTEM AES
Terdapat
pelbagai pandangan masyarakat pada mulanya tentang sistem AES. Risiko
kepada pelaksanaan sisitem AES adalah
public outcry kerana sistem secara drastik akan mengubah sikap pemanduan dalam
masa yang singkat. Namun bergitu rakyat mempunyai pilihan untuk tidak melanggar
peraturan-peraturan dan undang- undang. AES ini dilaksankan seara berperingkat.
Dijangka siap sepenuhnya 100% dalam tempoh 18 bulan dari ianya mula terlaksana.
Tempoh ini cukup bagi kerajaan merlaksanakan program kesedaraan dan advokasi.
Program advokasi adalah dibawah tanggungjawab jabatan keselamatan jalan raya
(JKJR) bagi memastikan pemahaman dan penerimaan rakyat terhadap pematuhan
undang-undang jalanraya, tanggungjawab menyelesaikan kes kesalahan trafik dan
kesedaran keselamatan jalanraya. Lokasi pemasangan kamera tetap AES bukan
rahsia tetapi diwar-warkan sebagai pengingatan kepada pengguna jalanraya. Papan
tanda amaran akan dipasangkan sebelum
pengguna jalanraya menempuh kawasan yang dilengkapi kamera AES. Contohnya,
pengguna jalanraya sentiasa memandu laju di jalanraya tetapi setelah melihat
papan amaran, pemandu sendiri akan memperlahankan kenderaan agar tidak dirakam
membawa laju dan tidak disaman secara automatik. Pandangan rakyat banyak
memberikan positif terhadap sistem ini. Sistem ini tidak dapat banyak tentangan
daripada masyarakat seperti mana saman ekor yang menjadi satu tentangan
daripada masyarakat.
5.1 KESIMPULAN
Kesimpulannya,
sistem Automated Enforcement System (AES) adalah salah satu sistem yang sangat
bagus untuk memperbaiki salsiah diri setiap pemandu kerana pemandu akan lebih
berhati-hati dan sentiasa berhemat semasa memandu. AES ini banyak memberikan
manfaat kepada Negara kerana mampu mengurangkan kemalangan jalan raya. AES ini
bukannya untuk membebankan rakyat tetapi untuk mengajar masyarakat kita agar
lebih berwaspada dengan pemanduan kita sendiri. Seperti perpatah berkata “
pandu cermat jiwa selamat”. Ayat ini sentiasa digunakan dalam media massa agar
menyedarkan bahawa pentingnya pemanduan yang berjaga-jaga. Pihak JPJ dan PDRM
juga masih dalam proses memperbaiki segala yang masih dalam kekurangan pihak
mereka agar dapat menjalankan tugas lebih bertanggungjawab.
Sistem
saman ekor dan AES ini mengunakan sistem yang sama tetapi penerimaan masyarakat
lebih kepada AES. Mengikut pengedaran masa sekarang, masyarakat lebih moden
dengan persekitaran sekarang. Untuk menjana pemanduan berhemah haruslah bermula
dari awal umpama melentuh buluh biarlah dari rebungnya. Sistem ini bukan untuk
membebankan masyarakat tetapi menjana masyarakat lebih menayangi nyawa semasa
memandu.
SUMBER RUJUKAN
Mohamad
Fazrul Azrin Jumaat, (2011). My First Feature about Saman Ekor.Saman EKOR efektif atau tak?.Diperoleh
April 5, 2011 daripada
www.mentaleader.blogspot.com/2011/04/my-first-feature-about-saman-ekor.html
Portal
Rasmi Jabatan Pengankutan Jalan Malaysia, (2013). Automated Enforcement System.
Dikemaskini pada 28/11/2013 daripada www.JPJ.gov.my/Aes-system
No comments:
Post a Comment