Pages

Tuesday, January 14, 2014

Story Of Us By Naurah Sabihah

C E R I T E R A: kawan baru : UPSI: huhuu, ni aku agak dalam hari ke4 last orientasi kat Dewan Besar, hehehe, sebab pakai baju sekolah ni, hehhe, time ni pon kitorang tak bap...

TOGETHER - SleeQ, Tiz Zaqyah, Zain Saidin (Oh My English Music Video)


this song to all my friend :) i gonna miss you



Saturday, January 11, 2014

Prinsip Lakonan Stanislavsky dan Brecht



PENGENALAN

Lakonan merupakan satu teknik lakon yang biasa digunakan didalam pementasaan mahupun drama. Sesetengah pelakon tidak memahami tentang teknik lakonan yang diperkenalkan oleh dua orang tokoh yang sangat popular. Perbezaan lakonan di television dan teater adalah ruang yang telah digunakan maka didalam teater prinsip- prinsip lakonan Stanislavsky dan brecht amat penting dan perlu dipelajari. Didalam prinsip lakonan Stanislavsky dan brecht menunjukkan teknik bagaimana cara seseorang pelakon melakonkan seseuatu watak di atas pementasan yang melibatkan penonton secara bersemuka. Keadah-keadah yang dipertengahkan juga dapat membantu seseorang pelakon melakonan watak mengikut teknik yang telah diberikan oleh dua-dua tokoh.  



Prinsip Lakonan Stanislavsky

Stanislavsky dilahirkan pada 17 january 1983 dengan nama iaitu Konstantin sergeievich alexeyev di Moscow dalam sebuah keluarga yang sangat kaya. Pertama kali ditampilkan didalam seni persembahan pada usianya 7 tahun. Ia juga mengambil nama panggung Stanislavsky pada awal kariernya ( disebabkan untuk menjaga nama baik keluarganya). Beliau juga diberi gelaran sebagai bapa sistem lakonan. Beliau percaya bahawa lakonan bukan sekadar memahami tetapi perlu dilakonkan dalam keadaan sebenar serta memahami terus di dalam hati. Beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 7 ogos 1938. Terdapat bentuk yang telah Stanislavsky keluarkan diantaranya seperti berikut:-

1.      Magik IF
Saya telah mendapat watak sebagai seorang penjaga didalam satu naskah “ pokok kelapa sayang”. Berdasarkan watak penjaga yang saya peroleh dari naskah tersebut. Apa yang saya dapat lihat yang dimaksudkan dengan konsep Magik IF adalah “Apakah yang harus saya lakukan dan kalau aku..”. apa yang saya perlu lakukan adalah menjadi seorang penjaga kepada seorang lelaki tua yang kesepian dan kesunyian. Sifat fizikalnya mestilah berbeza dengan lelaki tua tersebut kerana muda dan kurang memahami sifat dan sikap orang tua tersebut. Pergerakan aksi pelakon harus menghayati perwatakkan seorang penjaga yangb harus mengetahui apakah tujuan watak tersebut didalam naskah. Faktor kecergasaan atau logika yang boleh dilihat adalah seorang yang cergas, pemikiran yang bagus kerana sentiasa ingin tahu apa yang telah berlaku terhadap lelaki tua tersebut. Sekiranya watak ini dimainkan diatas pentas, sifat ingin tahu akan ditonjolkan untuk membongkarkan segala rahsia yang disimpan sekian lama oleh lelaki tua tersebut. Daripada konsep penampilan yang dapat dilihat ialah berpakain biasa sahaja. Prinsip Stanislavsky juga tidak percaya bahawa seseorang pelakon itu akan mempercayai watak tersebut seikhlas-ikhlasnya terhadap kebenaran dan kejadian yang telah dipersembahkan diatas pentas tetapi seseorang pelakon itu mesti mempercayai kemungkinan yang akan berlaku. Secara ringkasnya, IF ialah saranan yang bukanlah melibatkan sesuatu terhadap apa yang sedia wujud tetapi pelakon akan mencipta masalah-masalah untuk dirinya dan berusaha menyelesaikannya secara semulajadi kearah dalaman dan luaran lakonan. Penggunaan method IF ini akan merangsangkan kekuatan terhadap imaginasi , pemikiran dan aksi yang pelakon akan lakukan di atas pentas dan dapat mengatasi masalah dam mekanisma emosi secara mendalam.

2.      Imaginasi
Seterusnya adalah imaginasi yang perlu dimainkan semasa mengambil watak Penjaga. Ini juga boleh dikaitakn dengan subteks yang bermaksud apa yang tidak ada didalam naskah. Imaginasi perlu dilaksanakan disebabkan saya yang memegang watak penjaga tidak ditengahkan tentang apa yang telah berlaku di sebelum dan selepas tentang kehidupan yang telah dilalui oleh penjaga. perwatakan yang dibawa tidak sama dengan keadah yang pelakon sendiri membawanya bermaksud berlainan pelakon berlainan perwatakkan yang telah ditonjolkan. Setiap watak perlu dimain kan secara semulajadi kerana untuk menampakkan asli didalam sesuatu laoknan tersebut. Imaginasi yang perlu dilakukan oleh saya perlu terperinci melalui banyak sumber yang boleh menjadi satu alat bantuan untuk memain dan mencari sesuatu watak yang telah diberikan. Setelah melakukan beberapa kajian, imaginasi boleh melakukan kerana kita dapat menganalisi watak yang hendah dibawa agar seimbang dengan apa yang terkandung didalam skrip. Cara imaginasi ini dapat membantu saya mencipta dan menyelesaikan latar belakang watak dari awal hingga ke akhir cerita di dalam otaknya. Ini bermakan melalui latihan imaginasi, seseorang itu dapat mengetahui dan merasakan bagaimana watak itu dibesarkan dan tingkah lakunya, apa yang diharapan, bagaimana dengan kehiduan yang akan datang sehingga memberikan substance terhadap kehidupannya pada masa kini. Ia juga akan memberikan perfektif dan perasaan kepada saya tentang pergerakan didalam peranan watak tersebut.  Imaginasi boleh membantu seseorang pelakon semasa tengah mentafsirkan baris-baris dialog dan mampu mengisi dengan makna-makna yang tersirat dan memahami subteksnya. Apa yang hendak dipersoalkan. Apa yang hendak disampaikan didalam dialog. Ringkasnya, saya mempraktiskan latihan daya imaginasi dengan membaca dan membaca sehingga saya memahami apa yang hendak disampaikan dan apa yang hendak dirasai untuk bawa ke atas pentas dan intonsi akan berubah dan menjadi lebih menarik dan sedap didengar.

3.      Penumpuan Pemerhatian
Langkah yang seterusnya adalah Penumpuan dan Pemerhatian. Konsep ini boleh dilakukan secara berperingkat. Yang pertama adalah pemerhatian. Ini boleh dilakukan melalui hati iaitu watak yang saya ambil perlulah dihayati dengan sepenuh jiwa kerana menginginkan watak tersebut wujud didalam jiwa kita. Pemerhatian mestilah tetumpu kepada objek dan subjek agar mudah kita fahami. Contoh yang boleh dikaitan adalah dengan watak penjaga yang saya dapat didalam naskah Pokok Kelapa Sayang. Saya memerhati bagaimana seorang penjaga menjaga tuannya dan disitulah saya menerapkan teknik dan latihan ini didalam kehidupan harian agar lebih mudah untuk memahami sikap dan perwatakan penjaga tersebut. Pemerhatian juga boleh dilakukan secara meluas dengan mengunakan elektronik yang makin maju pada masa kini seperti television, majalah ataupun mainan video dan menumpukan apakah yang terdapat didalam diri seseorang itu agarsaya dapat membawa dan melakukan sendiri diatas pentas.

4.      Unit Aksi, Objektif aksi Dan Pemikiran Langsung.
Prinsip Stanislavsky juga mengutamakan unit aksi , objektif aksi dan pemikiran langsung bagi menjayakanwatak tersebut. Perkara yang boleh pelakon tekankan semasa membawa watak penjaga adalah kita perlu menghuraikan skrip yang berkaitan didalam pementasaan. Seterusnya adalah mencari perasaan dalam dalam setiap unit didalam naskah tersebut. Objekti yang boleh disampaikan dibahagikan kepada dua iaitu objektif fizikal dan objektif mental. Objektif fizikal ialah dengan cara kita membawa watak penjaga tersebut. Manakala, objektif mental ialah pembawaan gaya pemikiran yang sama dengan watak penjaga yamg merupakan seorang penjaga yang baru. Situasi sedia ada meliputi plot drama, zamannya, waktu dan tempat berlakunya aksi, kehidupan, interpretasi watak dan pengarah, aturanya, props, tatacahaya da kesan bunyi. Sehubungan dengan itu, seseorang pelakon haruslah bersesuai dengan persekitaran dalam naskah sehinnga watanya sebati dengan pelakon dan yakin menjadi dirinya sendiri.

5.      Konsentrasi Tumpuan
Bagi mendapatkan konsentrasi membawakan watak penjaga, semasa diatas pentas merupakan satu kunci atau titik permulaan untuk mencapai suasan kreatif. Berdasarkan peraturannya, saya haruslah memberikan tumpuan terhadap satu titik penting untuk memastikan tiada gangguan diatas pentas. Konsep pementasaan juga tidak melakukan real tetapi menggunakan konsep experimental. Saya juga kena memberikan sedikit tumpuan terhadap penonton kerana agar penonton memahami apa yang hendak disampaikan. Dalam konsep Stanislavsky juga, dia percaya yang penonton merupakan salah satu yang boleh menyakinankan dengan lakonan jadi ia bercanggah sekiranya penonton tidak penting didalam lakonan dan ia adalah salah dari konsep seni teater. Oleh demikian, hal ini mustahil akan berlaku kerana pelakon mampu memberikan tumpuan maksima terhadap aksi fizikal dan mampu imaginasi persekitaranya. Stanislavski percaya bahawa pemikiran dan aksi fizikal akan mengekalkan tumpuan pelakon yang lebih dan tertakluk dengan pengendalian aksi fizikalnya.
Untuk memudahkan daya konsentrasi terhadap pengeandalian aksi-aksi fizikal, Stanislavsky telah memperkenalkan ruang-ruang tumpuan kepada pelakon dia atas pentas. Tumpuan tersebuta adalah menumpukan ruang yang kecil yang melibatkan kawan lakon atau objek yang berdekatan dengan pelakon. Tumpuan ruang sederhana merupakan ruang yang melibatkan beberapa orang contohnya Didalam naskah terdapat dua watak lain selain penjaga iaitu Pak cik Hashim dan Ain. Stanislavsky menjelaskan bahawa apabila pelakon merasai daya tumpuanya terjejas maka perlu kembalikan tumpuannya kepada objek tersebut. Apabila hasil tumpuannya tercapai, pelakon itu perlulah memberikan tumpuan kepada ruang yang kecil kepada ruang sederhana dan seterusnya ke ruang yang besar atau sepenuhnya. Kejayaan pelakon dalam kerja penumpuan melalui peglihatan, pendengaran dan imaginasi akan diaktif secara sendiri diluaran ataupun dalaman dan mampu membuka mekanisma emosinya.

6.      Kebenaran dan Kepercayaan
Watak yang telah saya bawa adalah berbeza dengan kebenaran yang ada dalam sesebuah kehidupan. Maka, sewaktu di atas pentas tiada sebarang kebenaran fakta atau peristiwa-peristiwa penjaga yang betul kerana hanya mengikut kehendak skrip sahaja. Sehubungan dengan itu, untuk mengekalkan daya kepercayaan sewaktu diatas pentas, pelakon perlu mengamalakan daya pukau atau memaksa diri masuk ke ruang halusinasi. Kepercayaan pelakon itu mengendalikan sesuatu dapat dirasai oleh penonton dan memberikan kepercayaan kepada penonton dan teknik itu sudah berkesan terhadap penonton.

7.      Hubungan Emosi dan Spiritual
Watak sebagai penjaga perlulah menghubungkaitkan apa yang diperkatakan oleh watak-watak yang lain agar lebih memahami apa yang diperkatakan oleh watak-watak tersebut. Ia bagi mencapai kesan fizikal yang definite contohnya senyuman. Untuk mencapai perhubungan yang mantap dengan rakan lakon. Mereka juga perlu memastikan rakan lakon mendengar dan memahami apa yang telah diperkatakan oleh mereka diatas pentas. Ini bermakna saya dan rakan lakon juga memahami dan mendengar diantara satu sama lain dan  saling memahami tentang apa yang sedang disampaikan. Akhirnya pekara ini juga menunjukkan proses saling berkaitan dikalangan pelakon sewaktu diatas pentas atau dipanggil chemistry.

8.      Tempo dan Ritma
Berdasarkan dengan watak saya sebagai penjaga menurut pandangan Stanislavsky didalam prinsipnya. tempo dan ritma merupakan syarat penting untuk menghasilkan kebenran dalam melaksankan aksi-aksi fizikal. Beliau juga berpendapat bahawa di dalam kehidupan setiap hari yang mempunyai tempo dan ritam yang tersendiri. Stanislavsky percaya setiap perkataan , fakta atau peristiwa yang berlaku didalam tempo dan ritma mestilah bersesuaian. Setiap aksi- aksi di atas pentas juga haruslah ditangani dengan tempo dan ritma didalam kehidupan realiti. Rinkasnya, Stanislavsky menjelaskan didalam etiap individu atau pelakon ada ritma  yang tersendiri dan mempuntai kebenaran yang tersendiri. Beliau juga menyarankan bahawa setiap pelakon perlu mencari dan merasakan kebenaran yang diberikan melalui kepercayaannya terhadap watak tersebut. Ini penting kerana setiap watak yang dibawa mampu memberikan kebenaran atau kepercayaan agar dipercayai oleh penonton. Belaiu juga menerangkan terdapat ritma yang betul bagi setiap orang atau pelakon. Selaku seorang pelakon, pelakon seharusnya pandai mencari sendiri. Oleh itu, tempo dan ritma yang salah akan menyebabkan imbangan terhadap apa yang hendak disampaikan menjadi kesalahan terhadap pelakon lain untuk menyampaikan sesuatu mesej dan akan memyebabkan juga penonton kurang yakin dengan apa yang hendak disampaikan.

9.      Memori Recall
Pengalaman seseorang pelakon diatas pentas berbeza dengan pengalaman didalam kehidupan harian mereka yang realiti. Perbezaan berdasarkan hakikat bahawa pelakon berada diatas pentas untuk bertindak sebagai pelakon yang memegang watak dan mencipta perwatakan. Pengalaman yang pernah dialami juga mampu digunakan diatas pentas bagi mengkukuhkan watak tersebut. Sehubungan dengan itu, beliau percaya bahawa kualiti persembahan perlakon tertakluk kepada pengalaman. Oleh sebab itu, beliau akan memperbanyakkan pelakon bagi setiap persembahan sekiranya perlakon menghayati pengalaman sebenarnya contoh perang yang melibatkan kematian. Beliau juga mempercayai emosi pentas tidak sama denga emosi didalam kehidupan kerana kemunculannya bukanlah berpuncakan kebenaran yang sebenar. Pelakon mampu mengrangsangkan emosi yang diperlukan didalam dirinya kerana beliau kerap mengalami gragaman dan emosi –emosi yang hamper sama didalam kehidupannya. Beliau juga percaya memori emosi yang berkembang mampu menjadi keperluan paling penting untuk tugas seorang pelakon. Untuk menghidupakan emosi-emosi ini, seorang pelakon harus menangani dengan aksi-aksi fizikal yang mampu membawa kepada logical yang wujud didalam lakonan atau pementasan.
Prinsip Lakonan Brecht
Bertolt Brecht telah dilahirkan pada tahun 1898 di jerman dan dibesarkan sebagai Eugen Berthol Freidrich. Beliau juga merupakan seorang penulis drama, pemuisi dan pengarah teater yang sangat berpengaruh pada abad ke-20. Sewaktu kekalahan jerman dalam perang dunia pertama, beliau menggunakan puisi, lagu dan akhir teater memaparkan idea-idea beliau supaya mengubah keadaan Negara tersebut pada abad itu. Beliau juga terpaksa keluar daripada negaranya pada zaman pemerintahan hilter dan beliau juga hidup berpindah randah dibeberapa buah Negara eropah dan akhirnya menetap di amerika pada tahun 1940-an. Selepas sahaja perang dunia kedua, beliau kembali ke jerman. Kerajaan timur jerman juga menubuhkan Berliner Ensemble Theatre untuknya bagi membolehkan brecht mengembangkan teori-teori dalam penghasilan teater daripada pementasaan yang telah beliau lakukan sebelum ini dan karya-karya yang ditulis semasa beliau menjadi pelarian. Sepanjang hidupnya, beliau banyak menulis dan mengarahkan pementasaan teater dan diantara karya-karya beliau adalah The Caucasian Chalk Circle, The Threepenny Opera, Life of Galileo, Mother Courage and Her Children dan banyak lagi. Manakala sumbangan beliau yang paling terbesar adalah melalui teori beliau didalam teater Epik.

Teater Epik
Teater Epik yang telah diperkenalkan oleh Brecht adalah bersifat Episodik dengan setiap babak yang memaparkan cerita yang berlainan tetapi digabungkan agar menjadi sebuah cerita. Menurut Brown:1995, ia juga merupakan Dialectic Teater kerana didalam pementasaan yang beliau lakukan banyak memaparkan pertelingkahan diantara dua belah pihak yang saling mempengaruhi diantara satu sama yang lain. Tujuan sesebuah pementasaan yang telah dijalankan adalah untuk mempersembahkan idea-idea dan ingin membiarkan penonton membuat penilaian terhadap idea-idea yang telah dipaparkan atau ditunjukkan. Sesebuah pementasaan yang dilakukan didalam prinsip brecht tidak boleh menyebabkan penonton hanyut dengan emosi yang digambarkan didalam sesebuah pementasaan tetapi beliau menjelaskan bahawa penonton perlu sedar bahawa mereka sedang menonton sebuat persembahan dan tidak perlu beremosi sewaktu menonton tetapi perlu berfikir secara kritikal tentang mesej yang sedang disampaikan didalam pementasaan tersebut dan melaksanakan atau membuat perubahan selepas sahaja keluar menonton persembahan tersebut. Beliau juga mengingatkan bahawa penonton perlu beranggapan yang pelakon adalah wakil daripada realiti dan bukan realiti. Brecht juga telah mengeluarkan satu konsep yang dipanggil pengasingan terhadap penonton iaitu konsep ‘ Verfredungseffekt’. Konsep ini menunjukkan bahawa brecht cuba mengasingkan penonton daripada watak-watak dan lakonan yang terdapat didalam sebuah pementasaan. Dengan cara ini beliu yakin bahawa penonton tidak akan tersentuh dengan apa yang telah dipaparkan didalam pementasaan tetapi sebaliknnya beliau ingin penonton untuk memahami secara intelektual yang telah dihadapi oleh sesuatu watak serta kesilapan yang telah dilakukan yang membawa sesuatu yang akan berlaku diwaktu itu. Apabila penonton diasingkan agar tidak beremosi daripada pementasaan yang telah diberikan, penonton sendiri boleh berfikir sendiri apa yang telah berlaku pada waktu dan cuba mengubahnya didalam kehidupan harian mereka.
Teknik – teknik yang ada didalam teater Epik adalah teknik pensejarahan (histrorical). Brecht telah mengalienasikan penonton dengan meletakkan babak-babak pementasaannya didalam latar masa lampau. Contohnya, imbas kembali seperti didalam naskah Pokok Kepala Sayang terdapat beberapa babak yang mengimabas kembali kejadian masa lampau yang ingin diingati oleh para pelakon. Dengan cara ini, penonton akan lebih dialienasi dengan memandang kejadian masa lampau tersebut. Teknik seterusnya adalah teknik Allegorical ataupun symbol yang dipamerkan. Allegorical adalah mengunakan symbol-simbol didalam isi kandungan atau dilema sesebuah pementasaan atau karya. Teknik ini digunakan dalam pementasan Rise of the City of Mahagonn. Dengan mengunakan teknik ini penonton akan dialienasi oleh simbol-simbol yang akan menyebabkan mereka berfikir akan makna yang terdapat didalam simbol-simbol tersebut. Yang terakhir adalah teknik Pseudo-foreign. Teknik ini adalah adaptasi daripada teater-teater luat yang berbeza budayanya daripada budaya dengan penonton. Contoh yang telah ditonjolkan adalah pementasan The Good Person of Sezuan. Terdapat juga teknik lain yang telah ditonjolkan oleh brecht seperti penggunaan kapsyen yang telah dipancarkan di pentas bagi menjelaskan apa yang akan berlaku didalam babak yang seterusnya, teknik gangguan oleh narrator juga yang menjelaskan apa yang berlaku dan akan memprovokasi penonton, teknik dimana pelakon menanyakan terus menanyakan penonton secara langsung, penonton juga dibiarkan menyelesaikan sendiri pengakhiran teater dan penonton juga dibiarkan berfikir tentang apa yang telah terjadi, teknik muzik yang berbeza dari emosi didalam sesebuah babak, lakonan didalam teater epic juga memerlukan para pelakon melakonkan watak tanpa memberikan kesan atau tindak balas emosi terhadap diri sendiri mahupun diri penonton terhadap watak tersebut, dan teknik pelakon-pelakon juga sering berinteraksi dengan penonton secara dekat dan terus. Tujuan utama lakonan sebegini adalah untuk menruntuhkan dinding keemapat sesebuat pementasaan. Ini juga adalah untuk membolehkan penonton melihat dan menyedari bahawa mereka sedang menonton sebuah pementasaan buakan pementasaan yang realiti tetapi menganggap pentas itu adalah pentas dan pelakon adalah pelakon dan berakhir sewaktu itu sahaja.

Perbezaan Teater Dramatik dan Teater Epik
Terdapat perbezaan diantara teater Dramatik dan teater Epik. Teater Dramatik merupakan teater yang membentuk pemikiran manusia iaitu penonton adalah terlibat atau berhubungkait dengan pementasaan di atas pentas. Teater Dramatik juga menggambarkan pengalaman untuk membentuk atau penghasilan jalan cerita. Ia juga memperlakukan manusia sebagai seseuau yang tidak dapat berubah ataupun fixed-entity. Ia juga menunjukkan kemajuan yang tidak dapat dielakkan dan kesinambungan adegan dengan adegan yang lain. Ia juga menunjukkan teknik dan gaya lakonan yang berunsurkan elemen-elemen emosi seperti marah, sedih dan sebagainya. Teater dramatik juga mempunyai pengakhiran atau penamat didalam persembahan atau pementasan.
Didalam teater Epik pula ia juga membentuk pemikiran manusia tetapi penonton sebagai peninjau, pemerhati atau penbangun sesuatu pementasan. Ia juga mengambil situasi yang telah berlaku didalam persekitaran sebagai jalan cerita dan penonton sebagai objek penelitian yang dapat diubah dan digantikan. Adegan yang dimainkan hanya untuk dirinya sahaja dan ia juga tidak menekankan aspek-aspek dalaman emosi tetapi ia mementingkan logik dan pemikiran penonton terhadap pementasaan tersebut. Teater Epik juga menunjukkan tiada pengakhiran, isu atau mesej kerana ia perlu difikirkan sendiri oleh penonton. Perbezaan antara Teater Dramatik dan Teater Epik adalah merujuk kepada perbezaan keadaahnya dalam pembinaan yang merujuk kepada hubungan yang dibentuk daripada persembahan mahupun bahagian atau keseluruhan sesuatu pementasan.

Teknik Gaya Lakon Brecht
Didalam Teater Dramatik terdapat teknik yang telah digunakan agar menjadi satu pembelajaran oleh setiap pelakon. Elemen-elemen emosi seperti marah, sedih, gembira, kecewa dan sebagainya melalui watak yang telah ditonjolkan oleh pelakon diberikan kepada penonton agar mereka merasai emosi-emosi yang telah berlaku semasa pementasaan. Penonton juga dapat melihat pengakhiran cerita didalam sesuatu persembahan sebagai tanda penamat penceritaan teater tersebut. Berlainan dengan Teater Epik iaitu Persembahan dan pelakon tidak menekankan aspek-aspek Emosi didalam pelakon tetapi mementingkan logic dan pemikiran penonton itu sendiri tentang pementasaan atau persembahan teater tersebut dan tiada pengakhiran sebagai penamat didalam persembahan tetapi teater ini menekankan tentang isi atau mesej yang hendak disampaikan dengan membiarkan penonton sendiri berfikir apa yang bakal berlaku mengikut perkembangan zaman.

KESIMPULAN
Kedua – dua prinsip iaitu prinsip lakonan Stanislavsky dan brecht boleh diguna pakai didalam lakon kerana ia mengikut konsep atau naskah yang hendak disampaikan. Setiap pementasaan terdapat pelbagai gaya dan corak lakonan. Jadi teknik lakonan boleh dipilih sendiri oleh para pelakon tetapi didalam pementasaan sekarang kebanyakkan teknik lakonan yang telah ditonjolkan kepada teknik Stanislavsky daripada teknik brecht kerana ingin mempunyai penamat sesuatu cerita. Kedua-dua prinsip merupakan salah satu prinsu=ip yang perlu tahu oleh setiap pelakon agar memahami cara dan teknik yang hendak digunakan didalam pementasaan dan sentiasa mempraktikkan didalam lakonan.



Masyarakat Penyayang!!

konsep masyarakat penyayang

1.1 PENGENALAN
            Konsep Masyarakat Penyayang telah diketengahkan oleh  Mantan Perdana Menteri kita yang ketiga iaitu Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad di dalam sistem Wawasan 2020. Konsep ini dilaksanakan bagi menaikkan lagi sifat-sifat murni di kalangan masyarakat negara kita yang kini makin hilang pertimbangan dalam isu-isu sosial yang makin meningkat dalam beberapa tahun ini. Maka terdapatlah cabaran-cabaran yang terpaksa Negara kita hadapi jika mahu mencapai matlamat wawasan 2020. Masyarakat penyayang telah tersenarai dalam cabaran-cabaran yang perlu dihadapi dan terletaknya di cabaran yang ke-tujuh.
Selain itu, terdapat pelbagai isu-isu yang berkaitan dengan gejala sosial remaja sekarang berpunca daripada masyarakat kita sendiri kerana tidak pernah untuk mengambil tahu tentang apa yang terjadi di sekeliling kita sendiri, contohnya kes pembuangan anak yang makin rancak di dalam globalisasi kita sekarang. Dalam mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi ia merupakan satu sistem sosial yang mana kepentingannya masyarakat adalah lebih utama daripada diri sendiri, yang mana kebajikan insan yang tidak berkisar kepada seseorang tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang amat kukuh bila berlakunya konflik di sekeliling seperti mana yang terjadi di PRU13 baru-baru ini.
             Terdapat juga pelbagai matlamat dalam konsep masyarakat penyayang yang akan diketengahkan contohnya ia mampu memelihara maruah negara kita, ia juga mampu mengekalkan nilai-nilai ketimuran yang berada di negara kita, ia juga mampu membentuk sebuah negara yang maju di pandangan negara luar, dan lain-lain. Apa yang akan dibincangkan dalam kerja kursus ini juga membincangkan tentang rasional masyarakat penyayang, cara-cara atau peranan masyarakat penyayang, halangan-halangan masyarakat penyayang, langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menjadi masyarakat penyayang dan juga terdapat definisi masyarakat penyayang dan sebagainya.   
            Untuk juga membina masyarakat penyayang dalam pembinaan masyarakat cemerlang masa kini amat payah apabila terdapat percanggahan pendapat di dalam politik negara kerana ini juga mampu memanipulasikan pemikiran masyarakat zaman kini termasuklah di kalangan golongan muda, tua dan sebagainya. Contohnya kes-kes perhimpunan BERSIH yang sentiasa menjadi satu fenomena terbesar negara apabila melakukan rusuhan terhadap kerajaan yang mampu membawa imej buruk kepada negara.
            Dengan ini, idea yang telah diberikan oleh Mantan perdana Menteri kita yang Keempat iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu diperkuatkan dan diperkukuhkan kerana ia ingin melaksanakan atau mencapai konsep Wawasan 2020. Selain itu, konsep 1 MALAYSIA yang diketengahkan pada masa kini juga mampu mencapaikan kita ke wawasan 2020 juga banyak memainkan peranan penting dalam pentadbiran negara kerana ia mampu menjadi titik permulaan kembali dan sentiasa menuju ke hadapan bagi merealisasikan Matlamat negara yang ingin menjadi sebuah negara yang aman dan damai tanpa berlakunya peperangan yang sedang berlaku di negara luar sekarang.
2.0 MATLAMAT MASYARAKAT PENYAYANG
Cabaran dalam Wawasan 2020 yang ketujuh adalah mewujudkan masyarakat penyayang dan juga budaya penyayang. Wawasan 2020 ini telah di wujudkan oleh mantan perdana menteri kita Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad. Masyarakat penyayang amat penting dalam pembinaan sebuah Negara yang aman dan harmoni. Masyarakat akan dapat hidup berlandaskan nilai kasih sayang antara satu sama lain. Masyarakat penyayang juga akan dapat melahirkan rasa hormat-menghormati, saling memahami, bertolak ansur dan sentiasa saling membantu antara satu sama lain. Pembentukan masyarakat penyayang juga akan dapat memantapkan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Oleh itu, untuk mewujudkan hasrat murni ini semua perlulah bekerjasama terutamanya dari kalangan pihak pemimpin kerana mereka adalah golongan yang sentiasa menjadi perhatian dan ikon kepada masyarakat bawahan. Mereka perlu menunjukkan sifat kasih sayang dan adil dalam setiap perkara yang dilakukan supaya tidak mendatangkan sebarang perbalahan dalam kalangan pemimpin dan juga orang yang dipimpin. Antara matlamat mewujudkan masyarakat penyayang ini ialah dapat memelihara kedaulatan Negara . Sebuah Negara yang aman dan stabil bermula dari bawah kerana tanpa rakyat yang bersatu padu, keamanan tidak akan wujud dan diibaratkan seperti aur dengan tebing. Kestabilan masyarakat amat penting kerana merangkumi semua aspek di dalamnya seperti kestabilan ekonomi, politik dan sosial. Rakyat yang sering mengamalkan sikap bertoleransi, hormat-menghormati dan bertolak ansur akan peka terhadap tanggungjawabnya sebagai seorang rakyat Malaysia yang memerlukannya untuk terus menjaga keharmonian dan kestabilan negara ini. Kekuatan ini akan menjadi benteng kepada negara daripada menjadi mangsa pencerobohan kuasa-kuasa asing seperti contoh yang pernah berlaku baru-baru ini yang mana negara kita di masuki oleh pengganas di Lahad Datu, Sabah. Hal ini berlaku kerana kurangnya kesedaran terhadap individu tentang kepentingan perpaduan dan sikap bekerjasama antara satu sama lain. Hal ini boleh membawa kepada bencana yang buruk kepada negara kita jika kita terus leka dan mengabaikan perpaduan. Selain itu, penjajahan dalam zaman yang serba canggih ini bukan sahaja dilakukan melalui kekuatan tentera tetapi juga melalui kecanggihan sistem teknologi maklumat yang mereka miliki. 
Di samping itu, kita juga perlu mengekalkan nilai-nilai ketimuran yang telah wujud sejak dulu lagi supaya nilai-nilai tidak hilang ditelan zaman. Sejak dulu lagi rakyat Malaysia memang terkenal dengan amalan nilai-nilai murninya seperti tolong-menolong, peramah, hormat-menghormati dan bertimbang rasa serta bekerjasama. Namun, apabila datangnya penjajahan barat ke negara ini, mereka telah memperkenalkan nilai-nilai dari barat yang amat berbeza dengan nilai-nilai timur. Kebanyakannya mereka menerapkan nilai yang negatif dan tidak elok untuk diamalkan oleh rakyat negara ini seperti nilai individualistik, materialistik dan menindas sehingga membawa kepada perpecahan dan saling bertelagah antara satu sama lain. Malah, kini rakyat Malaysia telah terikut-ikut dengan nilai yang negatif ini dan menghakis nilai-nilai murni yang telah lama disemaikan dalam diri. Oleh itu, dengan adanya konsep masyarakat penyayang ini akan dapat memupuk kembali nilai-nilai ketimuran yang semakin ditinggalkan.  
Seterusnya, membentuk sebuah negara yang maju dan dapat bersaing setaraf dengan negara-negara membangun yang lain. Malaysia adalah sebuah negara yang sedang meningkat maju dan kita perlu bersaing dengan negara-negara maju yang lain untuk mencapai taraf yang sama dengan negara-negara maju yang lain seperti China dan Jepun. Dr. Mahathir Mohamad telah menyatakan bahawa matlamat utama yang patut kita tuju ialah Malaysia menjadi negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Kita perlu menyahut cabaran ini dan menjadikannya sebagai realiti dan bukannya impian semata-mata. Untuk merealisasikannya kita semua perlu bekerjasama dan berganding bahu dalam membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang maju. Kita juga perlu menjadikan negara maju yang sedia ada sebagai contoh untuk kita membina negara kita sendiri dan bukannya mengikut semua yang telah dilakukan oleh mereka. Oleh itu, matlamat Wawasan 2020 adalah membentuk sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju dari segala segi iaitu ekonomi, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Malaysia akan menjadi sebuah negara yang maju tetapi mengekalkan nilai-nilai murni, menikmati taraf hidup yang tinggi, keamanan dan keadilan sosial serta bangga terhadap negara. Oleh itu, masyarakat penyayang amat perlu dalam membentuk negara maju kerana jika masyarakat tidak bersatu padu dan bekerjasama, matlamat negara maju tidak akan dapat dijalankan. Tanpa jiwa yang penyayang, kita akan mengulangi kesalahan negara yang maju yang mengalami keruntuhan moral dan meruntuhkan nilai-nilai murni yang ada dalam di dalam diri setiap orang. Kemajuan negara perlu selari dengan kemajuan individu juga. Oleh itu, sama-samalah kita menjayakan matlamat ini dengan sepenuh hati dan bersikap patriotisme.
3.0 RASIONAL MASYARAKAT PENYAYANG
Malaysia merupakan negara yang terkenal dengan nilai-nilai ketimuran sejak dahulu lagi. Nilai-nilai ketimuran ini adalah seperti tolong-menolong, peramah, saling menghormati, merendah diri dan bekerjasama. Kurangnya nilai ketimuran merupakan faktor yang menyebabkan masyarakat bersikap individualistik tanpa memikirkan orang lain dan sikap materialistik. Sikap yang sepatutnya saling menyayangi telah berubah kepada sikap negatif yang menyimpang dari amalan budaya Malaysia. Perkara ini berlaku disebabkan pengaruh daripada barat yang datang ke Malaysia sehingga mengubah corak pemikiran masyarakat setempat. Masyarakat kini juga kurang mengambil berat tentang isu-isu yang berkait rapat dengan konsep masyarakat penyayang disebabkan terlalu sibuk dengan urusan peribadi sendiri atau pekerjaan.
            Terdapat sesetengah golongan antisosial yang cuba memecahbelahkan perpaduan yang sedia terjalin erat dalam kalangan masyarakat di negara ini. Golongan ini telah merosakkan perpaduan dengan cara yang berdemokrasi jalanan, sepanduk, penunjuk perasaan dan sebagainya. Isu yang berkait rapat dengan perbincangan ini ialah HINDRAF dan BERSIH yang menyebabkan berlakunya suasana huru-hara di negara ini. Hal ini telah membimbangkan hampir seluruh rakyat Malaysia kerana perkara ini telah menyebabkan berlakunya rusuhan kaum dan menjatuhkan martabat nama Malaysia. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan bagi mengatasi masalah yang harus dipandang serius oleh semua pihak dalam usaha menerapkan konsep masyarakat penyayang.
            Masyarakat masa kini lebih mementingkan kekayaan dan kebendaan daripada kasih sayang kepada keluarga. Mereka semakin leka bekerja, justeru, mengabaikan tanggungjawab kepada anak-anak yang sepatutnya dipikul. Mereka juga beranggapan bahawa golongan tua dan golongan orang kurang upaya (OKU) hanya memberi kerenah. Kebanyakan golongan yang tidak mampu ini ditempatkan di rumah-rumah kebajikan masyarakat dan rumah orang-orang tua. Keadaan ini menjadi buruk apabila anak-anak tiada masa untuk menziarahi ibu bapa mereka. Perkara ini wujud daripada kesan tiada nilai kasih sayang antara satu dengan yang lain dalam kalangan individu, anak-anak, keluarga dan masyarakat. Perkara sedemikian harus dieratkan supaya dapat melahirkan insan yang mempunyai hati yang murni serta belas kasihan terhadap golongan yang memerlukan ini.
            Sayang bukan sahaja tertumpu pada manusia semata-mata. Sifat sayang kepada alam sekitar juga adalah perlu. Apa yang jelas sekarang ialah sikap ini tidak ada dalam kalangan masyarakat. Mereka sewenang-wenang memusnahkan alam sekeliling seperti hutan, mencemarkan sungai, udara dan sebagainya. Perbuatan ini menyebabkan pengeluaran kos yang tinggi untuk membuat pemuliharaan dan memelihara kawasan yang sudah tercemar.
            Politik memainkan peranan penting dalam memajukan sesebuah negara. Keadaan politik yang stabil dapat membantu negara dalam mencapai sasaran atau matlamat seperti Malaysia yang mahu mencapai sasaran wawasan 2020. Pergolakan yang berlaku ini menyebabkan masyarakat sendiri tidak memahami tujuan sebenar Malaysia mencapai wawasan tersebut. Sikap pihak perlu menggembleng usaha tanpa mengira corak pemikiran yang dibawa oleh mereka. Pihak NGO ( Non- Government Organization) perlu membantu pihak kerajaan dalam usaha melahirkan masyarakat penyayang. Seterusnya menjadikan Malaysia salah sebuah negara yang aman dari segi ekonomi, politik dan sosial.
            Akhir kata, terdapat pelbagai rasional yang dapat dibincangkan untuk mewujudkan masyarakat penyayang. Dalam perbincangan ini kita dapat lihat bagaimana pihak yang berwajib memberi impak yang besar terhadap mewujudkan masyarakat penyayang. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama dalam mewujudkan masyarakat penyayang seterusnya dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu untuk memajukan negara Malaysia.
4.0 PERANAN UNTUK MENJADI MASYARAKAT PENYAYANG
4.1 PERANAN INDIVIDU
Biji benih yang baik apabila ditanam akan menjadi buah yang ranum. Begitulah peranan individu dalam membentuk masyarakat penyayang. Bagi membentuk masyarakat penyayang, individu haruslah memberikan peranan yang penting. Seorang individu perlu mempunyai sifat yang positif iaitu saling mengasihi, sabar, baik hati, dan sebagainya. Menunjukkan bahawa individu tersebut mengamalkan nilai masyarakat penyayang. Selain itu, seseorang individu tersebut sentiasa mengamalkan budaya dan adat masing-masing kerana setiap budaya dan adat mempunyai nilai estetika yang tersendiri dalam mewujudkan masyarakat penyayang. Oleh itu, seseorang individu haruslah menanam sifat murni ini supaya dapat mewujudkan masyarakat penyayang. Lantaran itu, seseorang individu juga dapat meneruskan adat dan budaya masing-masing supaya tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas.
4.2 PERANAN KERAJAAN DAN NEGARA
Peranan kerajaan dalam membentuk masyarakat penyayang dapat dilakukan dengan banyak dan pelbagai usaha. Pihak kerajaan ada mewujudkan jabatan kebajikan masyarakat untuk memberi bantuan kepada masyarakat yang tidak mempunyai tempat tinggal dan menyediakan rumah anak yatim piatu, rumah orang-orang tua dan sebagainya. Selain itu, pihak kerajaan seharusnya mengadakan kempen pembentukan masyarakat penyayang. Kempen tersebut haruslah memberi impak yang positif dalam mewujudkan masyarakat penyayang. Seterusnya, sikap pemimpin mencerminkan keperibadian rakyat. Pemimpin sesebuah negara haruslah bersikap seperti seorang yang berkaliber dan berwibawa supaya rakyat menghormati malah menjadi ikon kepada rakyat. Hal ini demikian kerana apabila pemimpin mempunyai sifat-sifat yang disegani, rakyat akan akur pada pemerintahan beliau. Seterusnya rakyat akan bersatu padu dan bekerjasama dalam mewujudkan masyarakat penyayang dan bertoleransi antara satu sama yang lain.
4.3 PERANAN PENDIDIKAN
Sekarang ini, subjek yang akan diajar di setiap sekolah di Malaysia adalah ditentukan oleh kerajaan. Subjek seperti pendidikan moral dan pendidikan Islam dapat memberi tahu nilai-nilai murni yang perlu ada pada setiap individu. Contohnya, pendidikan moral mementingkan nilai murni seperti kepercayaan kepada tuhan, mengasihi antara keluarga, menghargai alam sekitar dan banyak lagi. Begitu juga dengan pendidikan Islam menerapkan perkembangan jasmani dan rohani. Pendidikan Islam juga mendidik para pelajar menuju ke arah keperibadian yang lebih baik serta menyempurnakan akhlak yang mulia. Selain itu, aktiviti kokurikulum juga dapat menyemai nilai-nila murni seperti bekerjasama dalam kumpulan. Pelajar dapat saling memahami dan membantu dalam menjalankan sesuatu program atau aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
4.4 PERANAN BADAN-BADAN BUKAN KERAJAAN
Peranan badan-badan sukarelawan (NGO) juga mempunyai peranan yang sangat berkesan untuk membantu ke arah masyarakat penyayang seperti Pertubuhan Pertolongan Wanita, Gerakan Belia 4B Malaysia, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dan sebagainya. Badan sukarelawan ini amat penting dalam masyarakat terutama membentuk masyarakat penyayang. Peranan badan buka kerajaan juga membantu menerapkan nilai-nilai murni yang menjadi landasan untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu malah turut mewujudkan masyarakat yang penyayang.
Tuntasnya, terdapat pelbagai peranan yang perlu diamalkan oleh pelbagai pihak dalam mewujudkan masyarakat penyayang. Oleh itu, semua pihak mestilah bekerjasama dalam mewujudkan satu negara maju melalui konsep wawasan 2020 iaitu masyarakat penyayang.
5.0 HALANGAN MEWUJUDKAN MASYARAKAT PENYAYANG
Dalam meniti arus globalisasi, Malaysia semakin mencapai ke arah negara maju. Pada masa kini, Malaysia dikenali sebagai negara yang aman kerana walaupun penduduknya berbilang kaum, tetapi, mereka hidup aman dan harmoni. Justeru itu, bagi mewujudkan satu negara yang maju, semua pihak haruslah bekerjasama untuk mewujudkan masyarakat penyayang. Walau bagaimanapun, sekumpulan minoriti masih lagi tidak dapat mewujudkan masyarakat penyayang dalam kalangan mereka. Selanjutnya, hal-hal sedemikian akan menyebabkan negara akan kehilangan aset penting iaitu ‘Generasi Y’. ‘Generasi Y’ bermaksud anak-anak muda. Generasi ini bakal menggantikan pemimpin negara pada masa akan datang. Oleh itu, masyarakat penyayang harus dipupuk dalam diri anak-anak muda pada masa kini. Dalam mewujudkan masyarakat penyayang, terdapat pelbagai halangan yang harus dibincangkan.
Masyarakat penyayang boleh dipupuk dalam kalangan keluarga. Ibu bapa seharusnya memainkan peranan penting dalam mewujudkan situasi tersebut. Pada masa kini, ibu bapa tidak memainkan peranan penting dalam mewujudkan masyarakat penyayang. Hal ini demikian kerana, mereka terlalu sibuk dengan kerjaya mereka. Oleh sebab itu, anak-anak mereka dahagakan kasih sayang daripada mereka. Anak-anak seharusnya diberi perhatian yang lebih kerana mereka masih mentah dalam menjalani kehidupan. Selain itu, ibu bapa yang tertekan dengan kerja mereka menjadikan anak sebagai tempat melepaskan tekanan. Antaranya, mereka sanggup mendera anak mereka sehingga mengakibatkan kecederaan yang serius pada anak tersebut. Oleh hal yang demikian, anak-anak akan menjadi trauma dan memberontak untuk mendapatkan kasih sayang, seterusnya, anak-anak akan terjebak ke kancah kegelapan untuk mendapatkan ketenangan. Antara kes yang berlaku akibat daripada situasi tersebut ialah masalah mat rempit, pergaulan bebas, buli dan sebagainya. Akhirnya, objektif  untuk mewujudkan masyarakat penyayang tidak kesampaian kerana ibu bapa tidak memainkan peranan mereka.
Dalam mewujudkan masyarakat penyayang, pihak sekolah juga turut terlibat. Hal ini demikian kerana, sekolah merupakan tempat yang mana anak-anak di hantar untuk menimba ilmu. Selain ilmu yang ditimba, guru-guru seharusnya memainkan peranan dalam memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap pelajar. Lantaran itu, pelbagai program harus di jalankan bagi memupuk semangat toleransi, kerjasama, disiplin dan kasih sayang dalam diri pelajar. Selain itu, terdapat juga guru-guru yang tidak melaksanakan amanah mereka seperti mana yang sepatutnya mereka laksanakan, bak kata pepatah ‘Harapkan pagar, pagar makan padi’. Perumpamaan ini menunjukkan bahawa guru-guru dalam kumpulan ini mengakibatkan lahirnya generasi gelap. Antara contoh yang berkaitan dengan perumpamaan tersebut ialah kes rogol, kekasaran pertuturan, kes liwat dan sebagainya. Oleh itu, pihak atasan iaitu Guru Besar, memantau setiap perkembangan pelajar dan guru di sekolah tersebut, supaya, kejadian sebegitu tidak akan berlaku.
Halangan untuk mewujudkan masyarakat penyayang bukan sahaja berada pada organisasi keluarga mahupun pihak sekolah, malah, masyarakat sekeliling juga turut terlibat. Dalam perkara ini, masyarakat setempat seharusnya mewujudkan satu organisasi yang dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama mereka. Antara contohnya ialah, persatuan atau kelab yang dapat menyatupadukan masyarakat setempat. Lantaran itu, terdapat juga segelintir masyarakat yang tidak suka bergaul dan bersosial. Hal ini disebabkan, arus pemodenan telah mendominasi pemikiran mereka. Mereka menganggap bahawa bermasyarakat hanya membuang masa, malah, mereka lebih selesa bersosial di alam maya. Walaupun arus pemodenan telah melahirkan banyak teknologi canggih, namun, nilai kasih sayang tiada disemai dalam teknologi masa kini. Nilai-nilai murni ini dapat disemai melalui praktikal, seperti, bergotong-royong dan beriadah. Aktiviti ini yang akan mewujudkan nilai murni tersebut. Oleh itu, masyarakat setempat harus memberikan kerjasama antara satu dengan yang lain, supaya masyarakat penyayang dapat diwujudkan.
Selain daripada pihak yang telah dibincangkan di atas, terdapat juga pihak yang bertanggungjawab dalam mewujudkan masyarakat penyayang. Pihak tersebut ialah kerajaan. Pihak kerajaan seharusnya memainkan peranan mereka agar negara sentiasa aman dan damai. Disebabkan kecuaian dari pihak kerajaan, masyarakat penyayang tidak dapat diwujudkan. Hal ni demikian kerana, permainan kerajaan yang sentiasa membingungkan rakyat, seterusnya rusuhan mula timbul di sana sini. Malaysia dikenali sebagai bumi yang penuh adat dan rakyatnya mempunyai budi pekerti yang tinggi. Pihak kerajaan yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan masyarakat penyayang tidak dapat diwujudkan. Selain itu, permainan suap-menyuap iaitu ‘Rasuah’ telah memberi kesan yang mendalam terhadap negara. Negara menjadi mundur akibat daripada pihak yang tidak bertanggungjawab mengamalkan jenayah kolar putih ini. Oleh itu, pihak kerajaan perlu mengubah persepsi mereka dalam permainan politik ini. Lantaran itu, mereka harus membanteras gejala rasuah ini supaya negara menjadi lebih maju tanpa jenayah rasuah.
Akhir kata, terdapat pelbagai halangan untuk mewujudkan masyarakat penyayang. Selain itu, halangan tersebut harus di banteras bagi mewujudkan masyarakat penyayang. Tanpa masyarakat penyayang, negara akan mundur, serta, aset negara akan musnah. Oleh itu, semua pihak harus bekerjasama dalam menangani masalah ini, supaya, negara lebih harmoni dalam mencapai Wawasan 2020.
6.0 LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK MASYARAKAT PENYAYANG
            Setelah membincangkan tentang isu masyarakat penyayang secara amnya, kini terdapat langkah-langkah yang boleh kita memupuk masyarakat penyayang dalam pembinaan masyarakat yang cemerlang di Malaysia ini. Bagaimanakah langkah kita sebagai masyarakat untuk memupuk semangat penyayang pada diri masing-masing agar mencapai konsep masyarakat penyayang? Adakah langkah yang kita ambil boleh mencapai konsep yang pernah diketengahkan oleh Mantan Perdana Menteri kita iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad? Jadi kita boleh bincangkan langkah-langkahnya dengan lebih terperinci bagi memupuk masyarakat penyayang di negara kita sendiri.
            Sebagai rakyat yang sentiasa hidup dalam kelompok yang besar kita tidak perlu mengamalkan corak hidup yang mengagungkan nilai-nilai duniawi dan materialistik. Sikap seperti ini akan mengundangnya perangai atau sikap yang tidak bertanggungjawab kerana mereka hanya mengagungkan nilai-nilai duniawi dan materialistik. Mengapa sikap ini yang diketengahkan kerana sikap masyarakat kini hanya menilai taraf kehidupan berbanding dengan sikap-sikap masyarakat. Mereka hanya mementingkan diri dan sentiasa bergaul dalam kelompok masing-masing. Contoh yang boleh kita sendiri gambarkan adalah segelintir masyarakat yang tarafnya tinggi sahaja boleh bergaul dengan orang yang sama taraf dengannya yang menyebabkan sikap yang mementingkan diri dan sentiasa memandang serong terhadap golongan rendah. Perkara ini juga berlaku di negara-negara luar juga bukan sahaja di negara kita sendiri. Hal ini juga boleh dikatakan sikap masyarakat yang sentiasa mengejar-gejar kekayaan di dunia tanpa memikirkan masyarakat yang ada di sekeliling dan mengabaikan sikap atau peranan sebagai seorang masyarakat penyayang.
            Selain itu, untuk mencapai konsep yang telah diberikan langkah seterusnya ialah kita sebagai masyarakat haruslah mengekalkan hidup tradisi yang telah berubah kepada kehidupan moden. Kehidupan moden zaman kini juga memainkan peranan yang sangat besar kepada negara kita kerana ia menunjukkan sikap modenisasi yang agak serius terhadap masyarakat kita. Masyarakat yang tidak memupuk semangat tradisi semakin pudar apabila anak-anak remaja atau muda kini tidak dititikberatkan dengan tradisi sejak beberapa tahun ini kerana mereka telah diberikan satu media elektronik yang sangat canggih pada zaman sekarang. Contohnya ialah gadget yang semakin maju sehingga remaja sekarang tidak ada nilai kunjung –mengunjungi jiran sebelah mahupun sudah lama duduk di kawasan yang sama. Hal ini juga menjadi sesuatu isu yang tidak dapat kita sendiri sebagai masyarakat dengan kejadian kehilangan adik Nurin Jazlin yang akhirnya ditemui dibunuh pada 20 Ogos 2007. Kejadian ini sangat mengemparkan seluruh Malaysia kerana tidak ada sikap bertanggungjawab sekiranya ternampak kanak-kanak sesat mahupun berjalan seorang diri, kerana apa? Kerana mereka sibuk dengan media-media yang semakin berkembang serta tidak menghiraukan keadaan sekeliling.      
            Bagaimanapun, terdapat juga langkah atau peranan ibu bapa sebagai titik permulaan untuk menjadikan anak-anak tergolong dalam komuniti masyarakat penyayang. Ibu bapa perlu memulakan langkah yang pertama bagi memastikan anak-anak zaman sekarang memahami konsep yang telah mantan perdana menteri keluarkan tentang masyarakat penyayang. Ibu bapa sekarang sudah tidak mengamalkan sikap hormat- menghormati terhadap warga tua mahupun remaja sekarang. Apa yang kita dapat melihat sekarang, ibu bapa berperanan membiarkan sahaja apa yang berlaku kepada anak-anak jiran. Perkara ini sepatutnya tidak berlaku kerana mereka sepatutnya menunjukkan sikap yang positif terhadap masyarakat sekeliling. Peranan ibu bapa perlulah bersikap yang lebih ke hadapan tentang tingkah laku anak sendiri mahupun anak jiran kerana ia mampu menunjukkan sikap bertanggungjawab dalam menjamin masa depan negara. Contoh yang baik datangnya daripada kelakuan ibu bapa sendiri maka seharusnya ibu bapa perlu meneruskan sikap kunjung–mengunjungi jiran tetangga agar anak mereka memahami sikap kejiranan di negara kita sendiri. Contoh diberikan seperti mana iklan di televisyen di mana menceritakan tentang sikap manusia yang sering memarahi jiran disebabkan meletakkan sampah yang baru di halaman rumah, bila berlakunya kecemasan orang yang dimarahi tadi yang menolong menghantar ke hospital. Itu lah sikap yang sentiasa kita perlu contohi kerana ia merupakan salah satu nilai-nilai murni yang boleh membawa kita ke arah masyarakat penyayang dan untuk membina masyarakat cemerlang di mata dunia.
            Sikap seseorang itu juga memainkan peranan dalam membina masyarakat penyayang kerana ia perlu datang dari sikap seseorang itu sendiri menunjukkan sikap yang prihatin mahupun sikap bertanggungjawab ke atas negara kita sendiri. Seseorang itu perlu mengetahui isu-isu semasa tentang kelakuan remaja zaman sekarang. Ia bukan sahaja melibatkan politik tetapi ia juga berkaitan dengan sosial-sosial remaja sekarang. Kita sepatutnya tidak menentang mereka-mereka yang telah melakukan kesilapan sebelum ini dengan menghindari mereka serta menghina mereka di mata masyarakat. Seharusnya kita sebagai individu yang bermoral dan cukup akal dan fikiran perlu membimbing mereka ke arah yang maju demi masa depan mereka sendiri. Sebagai individu yang prihatin, kita perlu menggunakan pepatah “jangan biarkan pisang berbuah dua kali” kerana kita perlu membimbing dan sentiasa bersama mereka kerana ia akan membantu memulakan cara hidup yang baru agar tidak lagi terjerumus dalam gejala sosial lagi. Kes-kes buang bayi yang baru dilahirkan menjadi satu perkara biasa di negara kita kerana sikap individu yang tidak bertanggungjawab tetapi perkara ini tidak boleh disalahkan atau menuding jari kepada mereka sahaja kerana mereka sendiri tidak diterima oleh masyarakat atau individu-individu yang selalu memandang serong terhadap mereka, jadi kita perlu membantu mereka agar tidak lagi terjadi perkara yang sedemikian. Sikap-sikap yang sentiasa memandang serong terhadap kalangan remaja yang bermasalah harus dihindarkan kerana ia mungkin menjejaskan peranan seseorang yang ingin membawa kepada kebaikan. Pepatah selalu berkata “ jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga”. Maka kita perlulah memberikan bimbingan kepada mereka yang bermasalah agar kita mampu mencapai konsep masyarakat penyayang demi membina masyarakat cemerlang di mata dunia.
            Untuk mencapai status masyarakat penyayang, ia juga tidak tertumpu di dalam skop manusia sahaja, ia juga melibatkan persekitaran kita. Bukan hanya prihatin terhadap masyarakat boleh membuat kita sebagai seorang masyarakat yang prihatin sekiranya sikap kita terhadap kehidupan lain terjejas. Contohnya sekarang di alam siber kecoh dengan penganiayaan bintang yang agak melampau menyebabkan sifat kemanusiaan di dalam diri manusia makin hilang dan tidak mempunyai sifat belas kasihan terhadap bintang yang telah diseksa oleh mereka yang sangat kejam. Selain itu, kita sebagai manusia boleh melihat sendiri macam mana masyarakat kita kini suka membuat perkara-perkara yang tidak rasional dengan tindakan bila melakukan perbuatan terkutuk terhadap bintang yang tidak berdosa.hal ini dipertikaikan untuk menunjukkan sifat-sifat penyayang di dalam diri masyarakat kita kini makin pudar dan harus segera diubah agar kita mampu menunjukkan kepada negara luar bahawa negara kita sendiri memiliki sifat-sifat yang prihatin, penyayang serta bertanggungjawab terhadap masyarakat dan juga kepada benda hidup di muka bumi ini.
            Dari segi pihak negara pula, masyarakat penyayang akan terbentuk apabila wujudnya kerajaan yang memainkan peranan seperti mewujudkan program-program kemasyarakatan di negara kita. Malaysia yang kaya dengan masyarakat yang berbilang bangsa, kaum dan agama boleh memberikan satu peluang yang amat bagus untuk membina masyarakat yang boleh hidup di bawah satu pemerintahan yang aman dan damai, tetapi terdapat juga pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab membuat negara kita menjadi kucar kacir seperti yang berlaku pada demokrasi BERSIH pada tahun lalu yang menyebabkan pelbagai kemusnahan dan imej negara jatuh di mata negara luar.  Perkara ini tidak seharusnya berlaku pada negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Selain itu, negara juga telah membuat sambutan-sambutan hari kebangsaan yang melibatkan seluruh negara bersatu bagi mencapai matlamat walaupun berbilang kaum, agama dan bangsa. Ini juga merupakan salah satu cara kita ingin memupuk semangat kemasyarakatan dalam kalang remaja dan golongan yang sentiasa mementingkan hal-hal dunia. Tertubuhnya badan-badan yang membantu golongan yang tidak bernasib baik juga memberikan satu harapan dan cahaya kepada mereka agar lebih memahami tentang konsep hidup yang memerlukan satu di antara yang lain. Contohnya rumah pengasih yang sentiasa memberikan harapan kepada golongan anak muda.
            Maka, konsep masyarakat prihatin ini juga memberikan sesuatu nilai-nilai murni yang membolehkan kita mencapai negara yang gemilang di mata dunia apabila langkah-langkah ini diambil berat oleh setiap masyarakat yang hidup di dalam negara Malaysia yang aman dan damai ini.  Selain itu, Malaysia juga merupakan salah satu negara yang dianggap mempunyai nilai kemasyarakatan yang tinggi kerana ia mampu memberikan imej yang sangat ternilai bila kita sendiri yang mengamalkan sifat-sifat prihatin, sopan santun, jujur di dalam setiap perwatakan kita.

7.0 KESIMPULAN
            Dalam perbincangan ini, kita dapat melihat secara terperinci tentang bagaimana mewujudkan masyarakat penyayang. Selain itu, terdapat juga beberapa halangan dan cabaran untuk mewujudkan masyarakat penyayang. Pada masa kini, masyarakat semakin leka dan lena dibuai arus pemodenan. Oleh itu, untuk mewujudkan masyarakat penyayang akan menjadi cabaran kepada negara dalam menuju ke arah negara maju.
            Perbincangan ini juga, mengemukakan tentang langkah-langkah yang perlu ada bagi mewujudkan masyarakat penyayang. Antara langkahnya ialah mengucapkan nilai-nila murni, bersosial secara sihat sesama masyarakat seperti iklan “berbudi bahasa budaya kita”. Tindakan kerajaan dalam melaksanakan masyarakat penyayang dan sebagainya. Hal ini, akan memberi kesan yang besar dalam perubahan sikap masyarakat pasca merdeka ini. Justeru itu, pelbagai tindakan telah dilaksanakan oleh pihak yang terlibat dalam mewujudkan masyarakat penyayang bak kata “ yang tua dihormati, yang muda disayangi”.





Automated Enforcement System ( AES)


Nak terangkan sedikit pasal kajian tentang perbezaan Saman Ekor dan AES??

1.0  PENGENALAN

Kerajaan Malaysia telah melaksanakan satu sistem baru bagi menangani masalah kemalangan yang makin meningkat di Negara kita. Maka, automated enforcement system (AES) telah diperkenalkan mengantikan system yang mndapat tentangan oleh masyarakat iaitu sistem saman ekor. Topik ini membincangkan tentang saman Ekor dan serterusnya membincangkan tentang AES secara keseluruhannya. Masyarakat kini hanya memandang remeh dengan cara pemanduan kita di jalan raya. Masyarakat kita memandu secara bahaya tanpa memikirkan keselamatan mereka dan keselamatan pemandu lain. Ini menyebabkan kerajaan dengan kerjasama MIROS dibantu Jabatan Pengankutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia membuat satu sistem yang diperbaiki iaitu Automated Enforcement System (AES). Sistem ini memang berbeza sedikit dengan saman ekor yang menjadi tentang masyarakat Malaysia pada awal tahun 2011. Di dalam karangan ini akan membincangkan tentan saman ekor dan AES tentang definisi dan matlamat serta kelebihan dan kekurangannya. Selain itu, AES ini tidak mengunakan tenaga kerja tetapi menggunakan kamera dan video secara menyeluruh.
Secara keseluruhannya, adakah sistem ini dapat bertahan lama dan hanya sementara sepertimana sistem Saman Ekor yang mendapat tentangan daripada masyarakat yang hanya memikirkan setiap tindakan yang telah buat hanya menyusahkan dan membebankan rakyat.







1.1 SAMAN EKOR

Saman Ekor? Apakah yang dimaksudkan oleh Saman Ekor? Saman Ekor bermaksud saman yang mengunakan sistem elektronik iaitu sistem “jerangkap laju” yang telah dipasangkan pada lebuhraya mahupun jalaraya. Sistem ini beroperasi bagi mengesan kenderaan yang membawa melebihi had laju yang telah ditetapkan. Saman ini dikhabarkan untuk mendidik para penguna jalanraya lebih berwaspada dan memandu secar berhati-hati di jalan raya.
Sistem ini sama dengan England dan Perancis yang menggunakan sistem jerangkap laju bagi memastikan tiadanya kesesakan lalu lintas dan kemalangan. Di Malaysia, sistem ini kuat diperkatakan kerana terdapat pelbagai masalah serta ditentang oleh rakyat. Dikhabarkan sistem ini bertujuan untuk mendidik rakyat bagi mematuhi peraturan jalan raya seperti perpatah orang tua kata “melentuh buluh biarlah daripada rebungnya” tetapi perkara ini disalah ertikan oleh pihak tertentu.
Bukan saman ekor ini yang tidak telus tetapi anggota polis yang sesuka hati menyaman pemandu tanpa mendengar sebarang pengakuan ataupun kenapa menlanggar peraturan tersebut. Ini menyebabkan mereka tidak dapat membela diri sendiri. Mereka hanya dipersalahkan  dan disaman sesuka hati. Contohnya, sekiranya anda mengalami masalah dalam keadaan yang terdesak apabila keluarga didapati kemalangan, perlukan anda mengikut had laju? Jawapannya tidak. Ini  juga menyebabkan anda disaman kerana sisitem jerangkap laju ini diaktifkan untuk menembak kod pendaftaran kenderaan yang melebihi had laju yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengankutan Jalanraya (JPJ).
Bayaran yang dikenakan sebanyak RM300 bagi setiap kesalahan laulintas amat menyakitkan hati rakyat kerana apabila mereka tidak membayar saman tersebut dalam tempoh 3 bulan yang elah ditetapkan menyebabkan individu tersebut tidak dapat memperbahuri cukai jalan  dan menyebabkan mereka susah untuk bergerak kemana-mana akibat masalah tersebut. Bayangkanlah satu-satunya kenderaan yang mereka miliki disenaraihitamkan menyebabkan mereka mengalami kesukaran untuk melakukan tugas seharian mereka. Sekiranya mereka melakukan 5 kali kesalahan yang sama menyebabkan mereka terpaksa membayar saman sebanyak RM1500 bagi mempengaruhi cukai jalan tersebut. Bukankan ini membebankan rakyat kita sendiri. Mengikut cara Negara jepun, mereka meletakkan alat pengesan kelajuan iaitu siren didalam setiap kenderaan bagi memastikan pemandu tidak memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan. Kenapa Malaysia hanya meletakkan siren seperti itu hanya pada kenderan berat sahaja seperti lori dan bas? Bukankan sepatutnya sistem perlu diletakkan pada kenderaan yang kecil juga seperti kereta.
Selain itu, di Negara German, mereka tidak mengunakan sebarang sistem seperti jepun, Englnd dan perancis tetapi meraka menggunakan sistem meletakkan kereta peronda di setiap simpang bagi memastikan tiada kenderaan yang membawa kereta melebihi had laju. sekiranya sedemikian, peronda tersenut akan mengejar dan terus menyaman persalah tersebut. Bukankah ini sistem yang terbaik perlu kita contohi untuk memastikan kesesakan tidak berlaku. Bukankah polis trafik perlu banyakkan rondaan dan tidak hanya duduk goyang kaki sewaktu berkerja. Polis Malaysia boleh diumpamakan dengan peribahasa “ curi tulang” kerana polis trafik hanya menronda ketika hari perayaan, cuti sekolah. Itu lah waktu yang kita akan nampak mereka melakukan kerja. Adakah saman ini amat memberikan maanfaat kepada masyarakat dan rakyat. Saman ekor! Saman Ekor! Sisitem yang mudah rosak, salah tembak kenderaan. Adakah ini yang dikatakan membantu rakyat? Seperti kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan JPJ perlu memansuhkan saman ekor ini kerana bagi pemilik yang tidak dapat memperbaharuhi cukai jalan akan menimbulkan masalah sosial yang baru.
“ kalau JPJ tidak bagi, mereka ini akan mula membuat cukai jalan palsu dan memandangkan ada bergitu banyak yang dihalang daripada memperbaharui cukai jalan, sudah tentu mereka akan mencari alternatif lain. Secara tidak langsung ini akan menyebabkan aktiviti membuat cukai jalan palsu berkembang dan menular,” katanya di sidang parlimen pada 14 mei 2011. Bukankan ini akan menambahkan lagi beban rakyat? Sepatutnya PDRM dan JPJ perlu tingkatkan lagi kekuatan mereka dan mendisiplinkan lagi anggota mereka memahami perasaan rakyat Malaysia semuanya bukan dari golongan yang kaya. Mengapahkan merka perlu menambah banyak anggota di akademi Polis sedangkan merka hanya tidak melakukan sebarang penambahbaikkan dan mendapatkan kualiti yang bagus.

2.1 AUTOMATED ENFORCEMENT SYSTEM ( AES)
Automated Enforcement System (AES)? Apakah definisi AES? AES ialah satu sistem yang mengunakan sistem elektronik iaitu sistem berkamera yang dirakam melalui kamera ataupun video. Sistem ini juga berlainan sedikit dengan sistem saman ekor kerana ia mengunakan alat pegesan yang telah dipasang di atas jalan raya. Ia dilaksanakan agar dapat mendidik para penguna jalan raya lebih berhemat ketika menggunakan jalan raya mengikut kadar penambahan kenderaan dan pemandu di negara. Sistem ini juga dipenguatkuasakan secara automatik mengikut kesinambugan daripada pelan keselamatan jalan raya 2006-2010. Usaha ini diteruskan dengan aktivis keselamatan jalanraya seperti Jabatan Pengankutan Jalanraya (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain yang memberikan tumpuan kepada 4E ( Engineering, Enforcement, Education dan Enviroment). Sistem ini memberikan pendekatan kepada system based approach yang mampu mengubah sikap pemanduan rakyat Malaysia.
Sistem ini diwujudkan kerana ingin memberikan pengajaran terhadap permandu-permandu di jalan raya agar lebih berhati-hati dan sentiasa menghormati pengguna jalanraya yang lain. Kenapa perlunya AES dalam sistem keselamatan Malaysia. Perlunya sistem ini kerana ia mampu mengubah sikap pemandu, tingkah laku dan budaya pemanduan melalaui penguatkuasa dalam 24 jam, sistem ini tidak bermusim dan tidak ada campur tangan manusia. Ia juga meningkatkan tahap perception of being caught (POBC) di kalangan pengguna jalanraya. Pada hari biasa 25% meningkat ke 50% di musim perayaan semasa OPS SIKAP berbanding Negara maju hanya 80% sehingga 90%. Ini juga membantu terhadap penyelesaian kepada kos rawatan dan pemulihan kawasan yang sering berlaku kemalangan dengan jumlah lebih 800 blackspot di seluruh Negara yang amat tinggi dan memakan masa yang lama. AES juga adalah pemboleh atau dalam bahasa inggeris enabler yang merangkumi (embody) semua usaha ke arah mencapai sasaran pelan keselamatan jalanraya 2006-2010dalam mengurangkan kematian akibat kemalangan.

2.1.1 BAGAIMANAKAH AES BERFUNGSI UNTUK PENAMBAHBAIKKAN.
Dalam penambahbaikkan sistem AES, PDRM dan JPJ telah meletakkan sisitem ini di tempat yang selalu berlakunya kemalangan. AES ini mampu mengesan dan merakam secara automatik sebaik mana-mana kesalahan lalulintas yang telah dilakukan pemandu sendiri. AES hanya meliputi kesalahan yang tidak terlalu berat kerana ia adalah satu sistem untuk mengajar pemandu agar lebih berdisiplin semasa berada di jalanraya. Kesalahan yang diliputi oleh sistem AES hanya kesalahan pemandu yang tidak mematuhi lampu isyarat dan memandu melebihi had laju yang telah di tetapkan. Selalunya, pengguna jalanraya selalu akan lupa diri apabila berada di jalanraya terutama lelaki.  Setiap kesalahan yang telah dilakukan oleh pemandu akan dihantar secara real time onlineke pusat kawalan AES atau control centre. Maklumat yang telah dihantar akan diproses bagi mengenalpasti pemandu ataupun pemilik kenderaan berdasarkan kepada maklumat pemilik atau pemandu yang terdapat dalam pangkalan data JPJ. Sisitem ini sama sahaja dengan sistem saman ekor yang mendapat tentangan dengan skrip. Saman yang dikeluakan secara automatik dan dihantar melalui pos kepada kepada Orang Kena Saman (OKS). Sistem ini juga dengan secara automatik menghantar maklumt kes ke mahkamah untuk tujuan perbicaraan jika OKS  memilih untuk gagal membayar kompaun atau dibicarakan. Maka, dengan ini peilik atau pemandu kenderaan yang telah melakukan kesilapan akan terus ditangkap secara automatik dan terus dihantar ke sistem untuk disaman.

2.1.2 KELEBIHAN PENGUASAAN KESALAHAN LALULINTAS MELALUI AES BERBANDING DENGAN KEADAH YANG SEDIA ADA
Dalam sistem AES ini terdapat pelbagai kelebihan yang boleh kita terangkan. Automated Enforcement system juga mampu meningkatkan keberkesanan tindakan penguatkuasa melalui pengesanan aaupun detection dan ia juga mengeluarkan saman secara tulus , tepat dan sentiasa berterusan. Sistem ini juga tidak perlu anggota penguatkuasa merakam kesalahan secara manual di tepi jalan setiap masa.  Sistem penguasaan yang selamat, kerahsiaan, intergriti dan kesediaan 24jam. Ia juga mampu beroperasi 24 x 7 x 360 siang dan malam termasuk dalam semua keadaan cuaca. Sistem ini juga tidak ada campur tangan manusia dan keseluruhannya adalah kamera dan video. Ini menyebabkan tiada interaktif dengan persalah yang ada unsur-unsur rasuah di tepi jalan. Salah satu kelebihan yang sangat instimewa dalam sistem ini ialah ia mampu mengesan kesalahan yag dilakukan oleh kenderaan persendirian, komersial dan pengankutan awam. AES ini juga kuat dengan tentusah ukur ataupun (calibration) bagi setiap peralatan pengesanan dan perakam imej kesalahan dibut mengikut akta pengukuran kebangsaan 2007 agar kesalahan menjadi kes prima facie. Terdapat juga penghantaran gambar atau data sukar diceroboh ( encryption) kerana dihantar secara automatik setelah kesalahan dikesan semasa pemandu sedang leka memandu melebihi had laju atau semasa memotong ataupun melakukan kesalahan lalu lintas lain. AES juga secara langsung menjadi pencetus bagi tujuan mengajar dan membentuk pemandu agar lebih mematuhi peraturan lalu lintas.  Sistem ini juga tidak menyebabkan kesesakan lalu lintas.  Stuktur sistem direkabentuk agar tindakan undang-undang tidak boleh disangkai atau diperintahkan di mahkamah oleh persalah. Pada masa akan dating AES akan menguatkuasakan tugas-tugasaan dan mnghindarkan masalah pada masa sekarang iaitu memotong digarisan berkembar. Memotong di sebelah kiri semasa ingin memotong, kesalahan ini sering berlaku termasuklah wan, sekatan ke atas kenderaan yang memasuki kawansan Bandar. Pihak PDRM dan PINK juga membuat penguatkuasa laluan bas.kelebihan-kelebihan ini sangat membantu terhadap proses AES ini tetapi kekurangan di sama dengan sistem sama ekor. Pengunaanya banyak terhadap sistem elektronik yang bakal mendapat pelbagai kesusahan.

2.1.3 KESAN AES DALAM MENGURANGKAN KEMALANGAN JALAN RAYA DAN JANGKA MASA PANJANG AES
Kemalangan jalan raya sentiasa menjadi satu fanomena kepada Negara apabila peningkatannya amat mendadak dari tahun ke tahun. Tidak kira antara pemanduan sendiri mahu pemanduan melalui kenderaan awam. Sistem elektronik telah dilaksanakan di 90 negara lain di seluruh dunia. Di asia tenggara, Thailand dan Vietnam telah melaksanakan system digital traffic enforcement system. Di Malaysia juga sistem ini baru diperkenalkan bagi mengurangkan kadar kemalangan yang sering berlaku dijalanraya. Sikap pemandu juga dapat kita melihat sendiri apabila mereka mendapati bahawa jalan tersebut ada kamera AES dan mereka terus memperlahankan kenderaan agar tidak di saman secara automatik. Contoh keberkesanan AES di Negara-negara lain seperti perancis. Di perancis kadar kematian turun 27% dalam tempoh 3 tahun sejak pengunanan sistem berelektronik ini. Sementara itu, di jerman lokasi dipasangkan ditempat-tempat yang sentiasa berlakunya kemalangan. Tahap penurunan kelajuan menjadi satu budaya yang telah menyebabkan pemandu lebih berhati-hati semasa melalui kawasan tersebut. Setakat ini di Kuwait sahaja yang menunjukkan penurunan kadar kemalangan yang agak tinggi iaitu 48% daripada Negara-negara luar yang lain. 
Bagaimanapun, sekiranya AES ini memberikan keberkesanan, adakah sistem ini tidak akan diperlukan pada masa hadapan? Sekiranya AES ini bergitu efektif, kadar saman akan menurun tetapi Terdapat beberapa aspek yang perlu diambil kira. 9% penguna jalanraya adalah tegar melakukan kesalahan atau dalam bahasa inggerisnya habitual Offender. Setiap ada kesalahan yang dikeluarkan oleh sistem ini yang melibatkan kesalahan lalulintas dan kemalangan tidak kira dilebuhraya ataupun di jalanraya biasa. Volume kenderaan juga bertambah pada kadar 10% setiap tahun. Dalam jangka masa panjang, kadar lessen juga telah dikeluarkan semakin bertambah dan ini memberitahu bahawa pengguna jalanraya meningkat sama sekali. Selain itu, jalanraya yang ada semakin bertambah  dan kilometernya juga semakin bertambah. Ada juga lokasi blackspt yang sentiasa berubah jika ada kerja-kerja pembaikkan di buat di kawasan yang ada kamera dan video AES ini. Terdapat berberapa isu- isu yang berbangkit, isu yang paling penting adalah bukan jumlah saman dikeluarkan tapi perlu penyelesaian terhadap saman yang tidak diselesaikan. Contohnya pembayaran saman. Kementerian terlibat yang melaksanakan dan bertanggungjawab terhadap AES iaitu Kementerian Pengangkutan Malaysia. Kementerian Pengangkutan Malaysia merupakan tuan punya kepada AES di Malaysia. Agensi – agensi yang melaksanakan AES dibawah kementerian Pengangkutan secara langsung dalam perlaksanan AES ialah Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ) bertanggungjawab melaksanakan AES secara langsung dan merupakan end user kepada sistem AES. MIROS bertanggungjawab dalam penentuan lokasi pemasangan kamera daripada blackspot (kawasan yang sering berlakunya kemalangan) dan menguruskan kajian keberkesanan AES.

3.1 BILANGAN KAMERA AES YANG DIPASANG DI MALAYSIA DAN ASAS PENENTUAN LOKASI PEMASANGAN KAMERA.
Kamera aes ini banyak memberikan manfaat kepada masyarakat berbanding saman ekor. Bilangan jumlah kamera yang telah dipasang 831 buah kamera. Jumlah kamera speeding 566 buah dan jumlah kamera traffic light 265 buah. Sistem ini juga mengikut perkembangan pada masa kini iaitu mengunakan teknologi telefon. Mobile kamera (30%) ebanyak 250 buah. Operasi kamera- kamera mullah alih adalah bagi kawasan-kawasan kemalangan yang tiada insfratruktur yang ada bekalan elektrik, liputn komunikasi dan sebagainyauntuk memasang kamera statistik. Selain itu, terdapat asas penentuan lokasi pemasangan kamera bagi sistem AES yang dilaksanakan oleh MIROS dengan bantuan JPJ, PDRM dan JKJR. Maklumat asas yang digunakan adalah berdasarkan darilamporan kemalangan PDRM ( Pol.27.) data daripada maklumat laporan ini dianalis oleh pihak MIROS bagi mengenalpasti koordinat kawasan lokasi-lokasi kemalangan. Seterusnya lokasi- lokasi tersebut diberikan markah (ranking) mengikut kes-kes kemalangan. Kes kemalangan diberikan markah mengikut susunan tinggi dan rendah. Contohnya, kes kemalangan , cedera parah , cedera ringan dan kemalangan ringan. Lokasi yang mengumpul markah tertinggi diberikan keutamanan untuk pemasangan kemera AES. Lokasi-lokasi ini juga dibuatkan sah.



4.1 PANDANGAN MASYARAKAT TERHADAP SISTEM AES
Terdapat pelbagai pandangan masyarakat pada mulanya tentang sistem AES. Risiko kepada  pelaksanaan sisitem AES adalah public outcry kerana sistem secara drastik akan mengubah sikap pemanduan dalam masa yang singkat. Namun bergitu rakyat mempunyai pilihan untuk tidak melanggar peraturan-peraturan dan undang- undang. AES ini dilaksankan seara berperingkat. Dijangka siap sepenuhnya 100% dalam tempoh 18 bulan dari ianya mula terlaksana. Tempoh ini cukup bagi kerajaan merlaksanakan program kesedaraan dan advokasi. Program advokasi adalah dibawah tanggungjawab jabatan keselamatan jalan raya (JKJR) bagi memastikan pemahaman dan penerimaan rakyat terhadap pematuhan undang-undang jalanraya, tanggungjawab menyelesaikan kes kesalahan trafik dan kesedaran keselamatan jalanraya. Lokasi pemasangan kamera tetap AES bukan rahsia tetapi diwar-warkan sebagai pengingatan kepada pengguna jalanraya. Papan  tanda amaran akan dipasangkan sebelum pengguna jalanraya menempuh kawasan yang dilengkapi kamera AES. Contohnya, pengguna jalanraya sentiasa memandu laju di jalanraya tetapi setelah melihat papan amaran, pemandu sendiri akan memperlahankan kenderaan agar tidak dirakam membawa laju dan tidak disaman secara automatik. Pandangan rakyat banyak memberikan positif terhadap sistem ini. Sistem ini tidak dapat banyak tentangan daripada masyarakat seperti mana saman ekor yang menjadi satu tentangan daripada masyarakat.

5.1 KESIMPULAN
Kesimpulannya, sistem Automated Enforcement System (AES) adalah salah satu sistem yang sangat bagus untuk memperbaiki salsiah diri setiap pemandu kerana pemandu akan lebih berhati-hati dan sentiasa berhemat semasa memandu. AES ini banyak memberikan manfaat kepada Negara kerana mampu mengurangkan kemalangan jalan raya. AES ini bukannya untuk membebankan rakyat tetapi untuk mengajar masyarakat kita agar lebih berwaspada dengan pemanduan kita sendiri. Seperti perpatah berkata “ pandu cermat jiwa selamat”. Ayat ini sentiasa digunakan dalam media massa agar menyedarkan bahawa pentingnya pemanduan yang berjaga-jaga. Pihak JPJ dan PDRM juga masih dalam proses memperbaiki segala yang masih dalam kekurangan pihak mereka agar dapat menjalankan tugas lebih bertanggungjawab.
Sistem saman ekor dan AES ini mengunakan sistem yang sama tetapi penerimaan masyarakat lebih kepada AES. Mengikut pengedaran masa sekarang, masyarakat lebih moden dengan persekitaran sekarang. Untuk menjana pemanduan berhemah haruslah bermula dari awal umpama melentuh buluh biarlah dari rebungnya. Sistem ini bukan untuk membebankan masyarakat tetapi menjana masyarakat lebih menayangi nyawa semasa memandu.










 SUMBER RUJUKAN
Mohamad Fazrul Azrin Jumaat, (2011). My First Feature about Saman Ekor.Saman EKOR efektif atau tak?.Diperoleh April 5, 2011 daripada                          www.mentaleader.blogspot.com/2011/04/my-first-feature-about-saman-ekor.html
Portal Rasmi Jabatan Pengankutan Jalan Malaysia, (2013). Automated Enforcement System. Dikemaskini pada 28/11/2013 daripada www.JPJ.gov.my/Aes-system