Pages

Wednesday, December 9, 2020

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN KODALY,DALCROZE, ORFF DAN SUZUKI

 

PENGENALAN

 

Kodaly, Dalcroze, Orff dan Suzuki merupakan keadah-keadah untuk mempelajari bagaimana untuk mengajar kanak-kanak dengan pedekatan muzik. Keadah Kodaly ia menyediakan satu keadah dengan suasana pembelajaran yang sangat memberangsangkan dan menyeronokan kepada kanak-kanak. Selain itu, keadah Kodaly juga memperkenalkan leterasi muzik kepada kanak-kanak dan seterusnya untuk kanak-kanak dapat menghayati muzik. Keadah ini berasal daripada hungary. Ia juga bermatlamat untuk menjadikan muzik sebagai alat yang dimiliki oleh orang ramai. Kehidupan seorang manusia juga menjadi sempurna dan mampu diperkembangkan dengan potensi seseorang dari segi emosi, intelek dan rohani. Bagi keadah yang kedua iaitu keadah Dalcroze, ia merupakan satu keadah dimana ia merupakan satu jenis latihan untuk dilatih kemahiran irama dan tone. Terdapat empat element yang ada didalam keadah dalcroze iaitu eurthythmic, element solfa, dan element improvisasi. Ia juga amat menekankan pergerakan didalam pembelajaran. Seterusnya beralih kepada keadah Orff. Ia dilaksanakan oleh Carl Orff dan ia menekankan muzik dan pergerakan dengan kanak-kanak. Ia juga mempunyai pendekatan yang sama dengan dalcroze tetapi banyak menekankan penggunaan alat perkusi didalam pembelajaran muzik. Keadah Orff juga berkonsepkan elemental muzik dan mempunyai tiga element iaitu element muzik, element pergerakan dan element speech. Seterusnya, keadah yang terakhir iaitu teknik Suzuki. Suzuki berasal daripada Dr. Shinichi Suzuki (1898-1998) dari jepun. Ia mengajar kanak-kanak dengan mengunakan teknik permainan violin. Selain itu, teknik ini tidak direka untuk pembelajaran disekolah. Persekitaran adalah peranan yang amat penting dalam pembelajaran seseorang terhadap muzik. Setiap keadah yang disampaikan terdapat persamaan dan perbezaan didalam setiap pembelajaraan.

PERBEZAAN DIANTARA KODALY, DALCROZE, ORFF DAN SUZUKI

Di dalam setiap keadah atau teknik Kodaly, Dalcroze, Orff dan Suzuki, terdapat perbezaan di setiap teknik dan keadah-keadah semasa pembelajaran. Didalam keadah ataupun teknik Kodaly, ia banyak menggunakan bahasa ibunda. Ia juga menggunakan lagu rakyat sewaktu pembelajaran atau semasa pembelajaran kanak-kanak. Selain itu, teknik Kodaly juga menggunakan keadah solfa dan ia berpusatkan kepada murid sewaktu pembelajaran. Di dalam teknik Kodaly juga ia mengajar tentang nyanyian kepada kanak-kanak. Sewaktu pembelajaran juga menggunakan literasi muzik terhadap kanak-kanak. Ia juga mengajar kanak-kanak cara menulis, membaca dan berfikir dan melakukan analisispersembahan yang telah diajarkan. Keadah Kodaly menegaskan bahawa suara sebagai alat muzik untuk kanak-kanak dan ia merupakan satu alat yang amat penting.

Melalui keadah dalcroze pula, ia merupakan satu pergerakan terhadap muzik yang dipersembahkan. Ia juga melatih kemahiran terhadap irama dan tone. Selain itu ia juga mengajar cara pendengaran dan mempelajari pitch dan tone. Ia juga berlaku secara spontan dan pergerakan ia melibatkan pergerakan ataupun erti kata lain pergerakan melalui pendengaran.ia juga memberikan kanak-kanak bergerak secara bebas sewaktu proses pembelajaran. Terdapat juga konsep dinamik dan tempo sewaktu proses pembelajaran yang diajarkan kepada kanak-kanak.  

Untuk pendekatan Orff terhadap cara pembelajaran terhadap kanak-kanak melalui pendekatan muzik dan pergerakan dengan kanak-kanak. Ia juga mempunyai tiga element yang menekankan konsep pembelajaran didalam kelas iaitu muzik, gerakan dan speech. Teknik Orff dikatakan mempunyai pendekatan dengan Suzuki dan nayanyian dan permainan alat muzik ditekankan dari peringkat awal lagi. Speech merupakan element yang utama dan merupakan aspek perkembangan yang mengikut urutan. Teknik solfa ialah konsep nyanyian yang sama dan diperkenalkan dengan konsep Kodaly. Selain itu, konsep Orff menggunakan pergerakan yang merupakan elemat yang terakhir didalam muzik dan ia menglengkapkan konsep tersebut. Teknik Orff ini diaplikasikan didalam bilik darjah. Konsep Orff juga merupakan satu elemental dan ia menggunakan lagu rakyat didalam proses pembelajaran. Ia juga menggunakan improvisasi dan kreativiti dan memberikan peluang untuk menerokai bunyi sebutan, melodi dan juga alat perkusi.

Untuk konsep yang terakhir iaitu ialah keadah Suzuki. Ia menggunakan teknik permainan violin dan ia tidak direka untuk mengajar muzik di sekolah dan merupakan satu keadah yang tidak menekan kanak-kanak di sekolah. Faktor persekitaran juga memaminkan peranan yang penting dialam pembelajaran kanak-kanak terhadap muzik. Ia juga memperkenalkan mother tongue. Ia juga berupaya mempelajari dielek di peringkat 5-6 tahun. Ia juga mengemukan konsep pengukuhkan. Teknik Suzuki juga memulakan pembelajaran muzik awal dan bermula 6 tahun lagi. Cara teknik dalam teknik Suzuki adalah mempelajari dan menghafal melodi tersebut. Selalin itu terdapat juga teknik ulangan yang mengulangi muzik agar kanak-kanak merasai muzik atau melodi. Terdapat juga teknik hafalan yang digunakan untuk memastikan kanak-kanak menghafal muzik atau melodi. Alat muzik selalunya adalah alat yang digunakan untuk proses pembelajaran dan ia digunakan untuk latihan pendengaran.bermain alat muzik jugak memberi ruang terhadap mata dalam proses menghafal sewaktu menggunakan alat muzik. Selain itu, one point teaching juga memberikan focus terhadap satu teknik sahaja disetiap kali pembelajaran dan dipecahkan kepada setiap unit. Kelas boleh diajarkan melalui individu mahupun berkumpulan.ia juga di ajar secara berperingkat-peringkat. Didalam keadah ini juga mengatakan bahawa tiada batasan waktu dan tiada erti gagal. Ia juga mengunakan bahas ibunda didalam proses pembelajaran. Ia juga menggunakan konsep talent dan education. Latihan secara berterusan juga merupakan satu keadah didalam pembelajaran Suzuki.

PERSAMAAN DIANATAR KONSEP KODALY, DALCROZE, ORFF DAN SUZUKI

Terdapat pelbagai persamaan yang terdapat didalam keadah keadah pembelajaran muzik terhadap kanak-kanak. Didalam pembelajaran Kodaly, Dalcroze dan Suzuki, bahasa ibunda merupakan persamaan sewaktu proses pembelajaran yang dijalankan. Terdapat juga persamaan di antara keadah Kodaly dan Orff dimana lagu rakyat sebagai lagu pembelajaran kanak-kanak didalam kelas. Teknik solfa juga merupakan persamaan didalam keadah Kodaly, Orff dan Suzuki. Selain itu, teknik improvisasi juga boleh dilihat sama sewaktu mengajar kanak-kanak didalam bilik darjah dan keadah dalcroze dan Orff adalah sama. Pergerakan yang diajar sewaktu proses pembelajaran yang dijalankan boleh dilihat sama sewaktu didalam kelas dan ia menunjukkan konsep Dalcroze dan Suzuki memiliki persamaan ini. Alatan muzik yang menggunakan tali hanya boleh dilihat didalam konsep Dalcroze dan Suzuki sahaja dan ia tidak sama seperti kolady dan Orff dan anggota badan merupakan konsep ataupun teknik yang boleh dilihat sama dengan konsep Kodaly dan Orff. Persamaan ini menunujukan bahawa setiap konsep ataupun keadah boleh digunakan didalam sesi pembelajaran dan mampu membuat kanak-kanak berasa selesa dengan proses yang telah diajar oleh setiap guru.

 

 

 

 

 

 

 

KESIMPULAN

Setiap proses pembelajaran perlu dibuat oleh setiap guru dan ia boleh mengunakan konsep atau teknik-teknik Kodaly, dalcroze, Orff dan Suzuki mengikut kemampuan dan pihak guru sendiri. Perbezaan dan persamaan yang ada di setiap teknik yang disampaikan mampu memberikan sesuatu impak yang besar terhadap kanak-kanak semasa didalam proses pembelajarannya. Kanak-kanak memerlukan satu aktiviti dan cara yang mampu memberikan kanak-kanak gembira sewaktu didalam kelas dan mampu memberikan tumpuan yang sepenuhnya sewaktu proses pembelajaran. Bagi pendapat saya, saya suka menggunakan teknik yang melibatkan keseluruhan seperti muzik yang melibatkan pergerakan dan penggunaan alat muzik didalam pembelajaran.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SUMBER RUJUKAN

Helen Ten Hong Beng.  (1993). Dimensi Baru Lagu-lagu Rakyat Untuk Awal Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd

Harris P. & Crozier R.  (2000).  The music teacher’s companion: A pratical guide. UK: The Associated Board of the Royal School of Music.

ISU-ISU DALAM KOMUNIKASI DAN INTERAKSI DIKALANGAN PELAJAR DI IPTA

 

1.0 PENGENALAN

 

Komunikasi dan interaksi di kalangan pelajar IPTA merupakan masalah besar yang sedang dihadapi oleh kerajaan sekarang. Pelajar-pelajar mempunyai masalah terhadap cara berkomunikasi dan interaksi didalam bahasa asing terutamanya bahasa inggeris. Istilah komunikasi atau dalam bahasa Inggris communication berasal dari kata latin communicatio, dan bersumber dari kata communis yang artinya membuat kebersamaan atau membangun kebersamaan antara dua orang atau lebih. Dalam definisinya secara khusus mengenai komunikasi itu sendiri menurut Hovland adalah “proses mengubah perilaku orang lain” (communication is the process to modify the behaviour of other individuals). (Definisi Komunikasi Teori, Fungsi, Model). Para pelajar mahasiwa masih lagi mempunyai masalah ini walaupun pihak university telah memberikan satu keadah iaitu mempelajari bahasa inggeris didalam pembelajaran. Interaksi juga memainkan peranan penting didalam perhubungan para pelajar. Terdapat juga isu-isu yang berkaitan dengan masalah komunikasi didalam kalangan pelajar dan akan memperbincangkan bagaimana cara untuk mengatasi masalah tersebut.

 

 

 

 

 

 

 

 

1.1  DEFINISI KOMUNIKASI DAN INTERAKSI

Komunikasi merupakan kata nama yang berasal dari bahasa inggeris yang sinonim dengan perhubungan, perantaraan, penyebaran maklumat, penyampaian maklumat, penerbitan dan kenyataan. Sumber daripada kamus dewan. Menurut saya, komunikasi adalah cara untuk bercakap dengan seseorang individu atau lebih. Selain itu, komunikasi juga melibatkan bahasa yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu berita atau ucapan. Interaksi pula membawa maksud tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain, tindak balas antara dua atau beberapa pihak: kaunseling ialah satu proses yg melibatkan antara seorang kaunselor dgn kliennya; komunikasi massa sering diertikan sbg proses perhubungan atau antara individu dlm sesuatu kelompok masyarakat; berinteraksi bertindak (berhubungan secara aktif dsb) antara satu sama lain, saling bertindak (mempengaruhi, berhubungan, dsb): persidangan itu telah memberi banyak peluang kpd para peserta utk serta bertukar-tukar fikiran; murid-murid drpd berbagai-bagai kaum bergaul merujuk kepada kamus dewan edisi keempat. Bagimanpun merujuk kepada kamus pelajar edisi kedua, interaksi membawa maksud tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain; tindak balas antara dua pihak atau lebih: Komunikasi ialah proses perhubungan atau di kalangan individu. berinteraksi bertindak atau berhubungan secara aktif antara satu sama lain: Pertemuan itu memberi peluang kepada yang hadir untuk serta bertukar-tukar fikiran.

 

 

 

 

1.2  ISU –ISU DALAM KOMUNIKASI DAN INTERAKSI DI KALANGAN PELAJAR

 

Komunikasi akan menjadi sesuatu isu apabila pelajar IPTA masih lagi enggan menggunakan bahasa kedua didalam kehidupan seharian kerana masih lagi takut dan risau apabila menggunakan bahasa kedua sebagai bahasa rasmi semasa berkerja ataupun belajar. Isu-isu yang seperti ini memberikan impak yang sangat besar kerana ia menyebabkan pelajar susah dapat jkerja ataupun peluang perkerjaan apabila tidak menepati kehendak syarikat. Isu –isu tersebut ialah malas menguasai bahasa kedua iaitu bahasa inggeris, malu apabila melakukan kesalahan semasa berkomunikasi dan berinteraksi dengan pelajar lain, kurang keyakinan diri.

 

1.2.1        MALAS MENGUASAI BAHASA KEDUA

Perkara ini sering berlaku kepada pelajar IPTA apabila malas menguasai bahasa kedua iaitu bahasa inggeris kerana ia merupakan satu bahasa yang susah untuk difahami dan sentiasa memeningkan kepada bagi pelajar IPTA. Terdapat berberapa IPTA atau IPTS mengunakan bahasa kedua sebagai bahasa penghantar bagi memudahkan para pelajar mempelajari bahas tersebut dan menguasainya bagi memastikan pelajar IPTA mampu bercakap atau berkomunikasi serta berinteraksi didalam bahasa inggeris. Ini sentiasa berlaku kepada pelajar IPTA kerana ia memikirkan bahasa inggeris ini adalah payah dan susah untuk difahamkan tetapi ia juga memberikan banyak manfaat kepada pelajar demi masa depan. Di Malaysia, majoriti sektor perkerjaan dikuasai oleh syarikat yang mahir dalam berbahasa inggeris. Majoriti, pelajar ditemuduga oleh pihak syarikat idak mampu berkomunikasi didalam bahasa inggeris. Interaksi diantara pelajar dengan pihak temuduga adalah satu faktor yang menyebabkan pelajar IPTA menggangur kerana tidak dapat perkerjaan yang diingini. Komunikasi pelajar menjadi tidak menentu apabila pelajar sendiri tidak pandai menguasai bahasa itu sendiri.

 

1.2.2        MALU APABILA MELAKUKAN KESALAHAN SEMASA BERKOMUNIKASI

Pelajar IPTA selalunya memikirkan pendapat orang apabila mendengar ungkapan semasa kita berkomunikasi secara umum. Ini mnyebabkan salah satu isu kenapa pelajar IPTA mengalami masalah tentang Komunikasi dan interaksi dengan orang lain. Pekara ini sering berlaku dikalangan IPTA, sedangkan pekara ini dianggap normal. Isu ini sering diperkatakan kerana dianggap satu bebanan kerana sukar untuk berkomunikasi. Lagipun pelajar IPTA banyak menggunakan bahasa Malaysia Sebagai bahasa pengantaraan kerana mudah dan senang difahami. Sekurang- kurangnya pelajar tidak berasa malu apabila berkomunikasi dengan pelajar lain. Ini selalu berlaku bila pelajar berkomunikasi dengan pelajar luar Negara. Pelajar kadang-kadang jarang berinteraksi dengan pelajar asing kerana perlu berbahasa inggeris dan ini juga menyebabkan pelajar hilang keyakinan diri semasa berkomunikasi. Selain itu, pelajar juga kena sentiasa menghadapi cabaran untuk berkomunikasi kerana university sekarang telalu banyak memasukkan pelajar luar Negara dan pelajar –pelajar tersebut akan berkomunikasi dengan pelajar tempatan.

 

1.2.3        KEYAKINAN DIRI

Keyakinan diri pelajar sendiri menjadi isu apabila tidak mampu menjawab soalan didalam bahasa asing mahupun bahasa sendiri apabila menjawab soalan ataupun perbincangan. Masalah ini sentiasa berlaku terhadap pelajar IPTA kerana nafas gemuruh apabila berada dihadapan orang ramai. Pelbagai kajian telah dijalankan bagi mengatasi masalah ini. Keyakinan diri teletak diatas kemampuan pelajar sendiri kerana ia mampu membuktikan cara kita berkomunikasi dan interaksi secara berhadapan orang berbeza dengan percakapan harian kita. Untuk mendapatkan keyakinan diri semasa berkomunikasi pelajar haruslah sentiasa berhadapan dengan orang ramai bagi menghilangkan perasaan malu dan sentiasa bercakap dengan orang ramai walaupun berkomunikasi ptentang topik yang tidak berkaitan. Bagaimanapun, komunikasi dan interaksi pelajar mampu dibuktikan dengan Keyakinan diri yang ada pada setiap diri pelajar tersebut.

1.3  CARA MENGATASI ISU-ISU KOMUNIKASI DAN INTERAKSI PELAJAR IPTA

Terdapat pelbagai cara untuk kita memperbaiki cara komunikasi dan interaksi pelajar dengan melalui kemahiran keyakinan diri. Terdapat tiga cara iaitu melalui cara pembentangan, cara berkumpulan dan aktiviti pengurusan dapat menaikkan keyakinan diri pelajar dalam berkomunikasi dengan interaksi yang baik.

1.3.1        KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM AKTIVITI PEMBENTANGAN DAPAT MENINGKATKAN KEYAKINAN PELAJAR IPTA.

Mengikut maklumat yang diperolehi, kemahiran pelajar dalam aktiviti pembentangan adalah amat sederhana. Kemahiran pembentangan memainkan peranan yang amat penting didalam komunikasi. Menurut Dr. Mohd Fadzilah dan Ahmad Naim (2006), kepetahan bercakap itu adalah satu bakat dan anugerah yang tersendiri tetapi ia adalah sesuatu kemahiran yang perlu dipelajari. Oleh sebab demikian, kesedaran pelajar IPTA sendiri mengenai kepentingan kemahiran berkomunikasi perlu ditingkatkan supaya pembentangan akan menjadi satu faktor utama pembelajaran yang efektif bagi meningkatkan keyakinan pelajar dalam mengamalkan komunikasi dan interaksi yang efektif. Kebolehan komunikasi adalah pencapaian manusia yang paling hebat dan berharga kerana kebolehan ini membolehkan pelajar berhubung diantara satu sama lain. Pelajar perlulah mengunakan aktiviti pembentangan ini sebagai landasan berharga bagi memupuk kemahiran komunikasi yang berkeyakinan. Ini mampu digunakan oleh pelajar untuk memperbaiki lagi kemahiran komunikasi dalam pembentangan mereka dan pelajar tidak perlu ada sikap yang sambil lewa ketika melakukan pembentangan. Pada dasarnya, apabila seseorang itu berhujah atau berkomunikasi disebabkan hendak mengpengaruhi sikap pemikiran dan tingkah laku pelajar semasa mendengar ucapan. Jadi komunikasi memerlukan stategi dan cara – cara yang sangat berbeza supaya objektif akan tercapai. Pelajar perlu membuat persedian dan mengamalkan etika dan adab komunikasi bagi meningkatkan kemahiran komunikasi mereka ke tahap yang lebih baik. Aktiviti pembentangan merupakan aktiviti pembelajaran yang bersifat formal di universiti. Adakalanya, pelajar akan berasa gugup semasa berada dihadapan pelajar lain semasa melakukan pembentangan. Selain itu, perasaan gementar yang timbul juga menyebabkan sesuatu komunikasi itu tidak dapat disampaikan dengan lancar.

 

1.3.2        KEMAHIRAN KOMUNIKASI DALAM AKTIVITI SECARA BERKUMPULAN DAPAT MENINGKATKAN KEYAKINAN PELAJAR IPTA.

 

Para pelajar mempunyai kemahiran komunikasi dalam aktiviti berkumpualn yang baik berdasarkan maklumat-maklumat positif yang diperolehi dalam diri pelajar. Aktiviti ini memerlukan pelajar berkerjasama bagi mencapai tujuan tertentu. Sekumpulan individu yang saling berkomunikasi dianatara ahli kumpulan untuk mencapai tujuan yang sama. Kesedian pelajar dalam mengambil tindakan awal untuk memulakan perbincangan dan melakukan perbincangan berada di tahap yang sangat bagus. Ini membuktikan bahawa pelajar mampu untuk memulakan komunikasi dan terus berkomunikasi dengan ahli kumpulan yang lain kerana untuk menyiapkan tugasan yang perlu diselesaikan.proses ini sering berlaku dalam kumpulan. Dalam menyertai atau mengendalikan sesuatu aktiviti berkumpulan, salah satu kemahiran yang perlu dimiliki oleh pelajar adalah kemahiran interaksi apabila sedang berkomunikasi dengan orang lain. Ertinya mereka tidaklah bercakap mengikut kehendak mereka sahaja, iaitu asalkan pihaknya berasa puas hati tanpa mengambil kira sama ada pihak yang lain berpuas dalam interaksi yang telah berlaku. Disebabkan itu, adakah pelajar dapat mengambil atau mengunakan cara berinteraksi yang baik ketika berkomunikasi dengan mengajukan soalan. Aktiviti berkumpulan mampu meningkatkan keyakinan pelajar dalam berkomunikasi berdasarkan pemikiran pelajar. Kemahiran berkomunikasi yang baik sememangnya dapat dibentuk dalam diri pelajar melalui kegiatan yang telah disertainya. Pertukaran idea dan maklumat juga mampu membentuk komunikasi yan g baik secara tidak langsung dalam aktiviti yang telah disertai.

 

 

1.3.3        KEMAHIRAN KOMUNIKASI DALAM AKTIVITI PENGURUSAN DAPAT MENINGKATKAN KEYAKINAN PELAJAR IPTA.

Kemahiran komunikasi dalam aktiviti pengurusan Berjaya membuktikan bahawa kemahiran komunikasi ini berada di tahap yang baik. Penganjuran dan pengurusan aktiviti yang Berjaya akan dapat mengharumkan nama kolej sekaligus mendatangkan manfaat kepada semua warga universiti. Para pelajar akan bersedia untuk berunding sesame mereka bagi mendapatkan maklumat daripada pelbagai piahak bagi mendapatkan keadah yang terbaik dalam menganjurkan aktiviti samada pertandingan, seminar, bengkel dan lain-lain. Ini juga dapat membuktikan bahawa kemahiran komunikasi yng baik wujud apabila pelajar-pelajar dapat mengemukakan cadangan yang bagus untuk menjayakan program yang bakal dianjurkan. Kemahiran berkomunikasi dalam aktiviti pengurusan memerlukan pelajar untuk berkomunikasi dengan pelajr lain bagi mengalakkan pelajar lain untuk menyertai program yang dijalankan. Kemahiran komunikasi ini memerlukan pelajar untuk menyampaikan maklumat. Secara amnya, pelajar mampu berkomunikasi diantara satu sama lain bila melakukan aktiviti pengurusan ini.

 

 

1.4  RUMUSAN

Rumusan yang dapat diberikan adalah isu-isu komunikasi dan interaksi pelajar IPTA boleh diperbaiki lagi untuk mencapai tahap yang lebih baik. Setiap keadah dn aktiviti kemahiran yang telah diberikan dan dipertengahkan. Setiap pelajar perlulah sentiasa yakin dengan apa yang bakal di hadapi semasa berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain. Maka, perlu diingatkan bahawa komunikasi dan interaksi boleh berjalan dengan lancar apabila keyakinan pelajar tersebut dan sentiasa berfikiran positif dengan apa yang telah diucapkan dengan berhati-hati. Bak kata perpatah “ telajar perahu boleh diundur tetapi terlajak kata tidak boleh diundur”.

 

 

 

 

 

 

 

SUMBER RUJUKAN

Ab. Aziz Yusuf (2003). Komunikasi Untuk Pengurus. Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Abd. Rahman Abdul Aziz (2000). Kemahiran Sosial Asas. Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Ainon Mohammad (2003). Komunikasi Berkesan. Penerbit Fajar Bakti, Kuala Lumpur.

Ainon Mohd & Abdullah Hassan (2002). Mendorong Diri Sendiri. PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. Pahang.