Pages

Tuesday, April 5, 2011

My First Feature About "SAMAN Ekor"..



Saman EKOR efektif atau TAK??

Mohamad Fazrul Azrin bin Jumaat



Saman ekor? Apakah itu saman ekor? Adakah saman yang mengurangkan beban rakyat ataupun menyusahkan lagi hidup rakyat? Saman ekor adalah saman yang mengunakan sistem elektronik iaitu sistem “jerangkap laju” yang telah dipasangkan pada lebuhraya mahupun di jalanraya. Sistem ni beropersi bagi mengesan kenderaan yang membawa melebihi had laju yang telah ditetapkan. Saman ini dikahabarkan untuk mendidik para pengguna jalanraya lebih berwaspada serta berhati hati.

Sistem ini sama dengan England dan Perancis yang mengunakan sistem jerangkap laju bagi memastikan tiadanya kesesakan lalu lintas dan kemalangan. Di Malaysia, sistem ini kuat diperkatakan kerana terdapat pelbagai masalah serta tentangan oleh rakyat. Dikhabarkan saman ekor ini bertujuan untuk mendidik rakyat bagi mematuhi peraturan jalanraya seprti perpatah orang tua berkata “menlentur buluh, biar dari rebungnya” tetapi perkara ini disalah ertikan oleh pihak tertentu.

Bukan saman ekor ini tidak telus tetapi anggota polis yang sesuka hati menyaman pemandu tanpa mendengar sebarang pengakuan ataupun kenapa mereka melanggar peraturan tersebut. Ini menyebabkan mereka tidak dapat membela diri sendiri. Mereka hanya dipersalahkan dan disaman dengan sesuka hati. Contohnya sekiranya anda dalam keadaan yang terdesak apabila keluarga dapati kemalangan, perlukah anda mengikuti had laju? Ini yang menyebabkan anda disaman kerana sistem jerangkap laju ini diaktifkan untuk menembak kod pendaftaran kenderaan yang melebihi had laju yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Bayaran yang dikenakan sebanyak RM300 bagi setiap kesalahan lalu lintas amat menyakitkan hati rakyat kerana apabila mereka tidak membayar saman tersebut dalam tempoh 3 bulan yang telah ditetapkan menyebabkan individu tersebut tidak dapat memperbaharui cukai jalan dan menyebabkan mereka menghadapi kesukaran begerak kemana- mana kerana masalah tersebut. Bayangkanlah satu- satunya kenderan yang mereka miliki disenaraihitamkan menyebabkan mereka mengalami kesukaran untuk melakukan akitiviti harian mereka. Sekiranya mereka melakukan lima kali kesilapan yang sama menyebabkan mereka terpaksa membayar sebanyak RM1500 bagi memperbahuri cukai jalan tersebut. Bukankah ini membebankan rakyat kita sendiri?

Seperti Negara jepun, mereka meletakakan alat pengesan kelajuan iaitu siren didalam setiap kenderaan bagi memastikan pemandu tidak menlanggar had laju yang telah ditetapkan. Kenapa Malaysia hanya meletakan sistem seperti itu hanya di kenderan besar sahaja seperti bas dan lori? Bukan ke sepatutnya sistem seperti ini perlu di letakkan pada kenderaan kecil juga. Selain itu, di Negara German, mereka tidak mengunakan sebarang sistem seperti Jepun, England dan Perancis kerana mereka menggunakan sistem iaitu meletakkan kereta peronda disetiap simpang bagi memastikan tiada kenderaan yang membawa kereta melebihi had laju sekiranya sedemikian peronda tersebut akan terus mengejar dan menyaman terhadap persalah tersebut. Bukankah ini sistem yang terbaik perlu kita contohi untuk memastikan kesesakan tidak berlaku? Bukankah polis trafik perlu banyakkan rondaan dan tidak hanya duduk goyang kaki sewaktu waktu kerja? Polis Malaysia boleh diumpamakan dengan peribahasa “curi tulang” ini kerana polis trafik hanya meronda ketika hari perayaan, cuti sekolah. Itulah waktu yang kita akan nampak mereka melakukan kerja mereka.

Adakah saman ini amat memberikan maanfaat kepada rakyat? Saman ekor! Saman ekor! Sistem yang mudah rosak, salah tembak kenderaan? Adakah ini yang dikatakan membantu rakyat? Seperti kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan JPJ perlu memansuhkan saman ekor ini kerana bagi pemilik yang tidak dapat membaharui cukai jalan akan menimbulkan masalah social yang baru.

"Kalau JPJ tak bagi, mereka ini akan mula membuat cukai jalan palsu dan memandangkan ada begitu banyak yang dihalang daripada memperbaharui cukai jalan, sudah tentu kebanyakan mereka ini terpaksa mencari alternatif lain. Secara tidak langsung ini akan menyebabkan aktiviti membuat cukai jalan palsu berkembang dan menular," katanya di siding parlimen pada 14 mei lalu.

Bukankah ini menambahkan lagi masalah kepada rakyat? Sepatutnya PDRM dan JPJ perlu tingkatkan lagi kekuatan mereka dan mendisiplinkan lagi anggota mereka agar memahami perasaan rakyat bukan semua penduduk Malaysia kaya raya. Mengapa PDRM menggambil bergitu anggota kalau hanya mereka duduk sahaja tanpa melakukan apa- apa? Bukankan Pusat Latihan Polis( PULAPOL) untuk meningkatkan kualiti yang lama kepada yang lebih baru?

Secara keseluruhannya, Adakah saman ekor ini mampu menberikan satu perubahan kepada kerajaan? Pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil berat terhadap masalah ini kerana ini akan menyebabkan pelbagai masalah apabila ada pihak yang tidak mengambil berat dan membuat sambil lewa terhadap masalah ini. PDRM perlu memeriksa lagi jadual anggota bagi mendisiplinkan lagi anggota agar dapat memahami perasaan pemandu apabila mehadapi masalah genting. sistem elektronik seperti ini perlu diubah kepada tenaga kerja kerana ini lagi dapat mengeratkan lagi hubungan diantara rakyat dengan kerajaan sendiri.

1 comment: